Lembaga Pengarah Manchester United dilaporkan sudah memberikan lampu hijau kepada pemecatan Ruben Amorim. Yang bermaksud pengurus itu bukannya untuk dipecat terus.
Tetapi dia tidak kebal daripada pemecatan. Ataupun tiada jaminan dia akan terlepas pemecatan jika prestasi buruk Man United berterusan.
Persetujuan itu benar benar mengejutkan memandangkan Amorim baru sahaja sebulan bertugas di kelab itu.
Pemecatan Ruben Amorim akan membuatkan kelab menanggung kos yang sangat tinggi menurut laporan Express UK. Ianya hampir sama dengan kos memecat Erik Ten Hag.
United dikatakan telah membayar £10.4 juta pampasan kepada Ten Hag dan staf kejurulatihannya. Dan kemudian United turut membayar £4.1 juta kepada Dan Ashworth yang dipecat sebagai pengarah sukan kelab.
🚨💰 – Manchester United paid £4.1M to sack Dan Ashworth despite him working at the club for just 159 days.
[@ChrisWheelerDM] pic.twitter.com/0mMuSbcYQf
— Frank🧠🇵🇹 (fan) (@AmorimEra_) February 19, 2025
Man United ketika ini sedang mempertimbangkan nama pengganti Amorim jika apa apa berlaku kepada pengurus itu dalam masa terdekat.
Dua nama yang sekali lagi dikaitkan dengan Man United – seperti biasa – iaitu Zinedine Zidane dan Mauricio Pochettino.
🚨 Manchester United are reportedly already drawing up a list of replacements for Ruben Amorim.
Zinedine Zidane and Mauricio Pochettino are both on the list.
(Source: Fichajes) pic.twitter.com/qKVABzOFXv
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 19, 2025
Amorim masih bergelut dengan sistem bek bertiganya ketika di Man United. Di mana pasukannya kekurangan depth untuk menampung sistem yang dia mahukan.
Berbeza dengan Erik Ten Hag sebelum ini, Ruben Amorim tidak mahu menukar sistemnya. Kerana dia mahu pemain terus belajar apa yang dimahukannya.
Amorim akui pasukannya ketiika ini sedang bermasalah. Namun dia yakin keadaan akan menjadi lebih baik dalam masa beberapa minggu lagi. Dan dia akan terus memperbaiki pasukannya dengan jendela perpindahan akan datang.