Baru Sebulan Di Korea, Jesse Lingard Sudah Dilabel Pemalas Oleh Pengurus Sendiri

Baru sebulan di kelab baharunya, Lingard sudah dikritik oleh pengurusnya sendiri sebagai pemain pemalas.

Jesse Lingard memperoleh kemenangan pertama dalam aksi Liga-K dengan pasukan Korea Selatan baharunya pada hari Sabtu, selepas mereka menang 2-0 menentang sepuluh pemain Jeju.

Walaupun menang, bekas pemain Manchester United dan West Ham United itu sekali dihadkan peranan sebagai pemain gantian.

Lebih mengejutkan apabila jurulatih FC Seoul, Kim Gil Dong secara terbuka mengkritik sikap Lingard yang menurutnya tiada kesungguhan atau seorang pemalas ketika di atas padang.

Lingard dimasukkan pada minit ke-58 dalam perlawanan itu. Dia sebelum ini diraikan sebagai bintang utama kelab. Dengan menjadi penerima gaji tertinggi di dalam pasukannya.

Namun setakat ini Kim Gil Dong sangat kecewa dengan sikap Lingard yang menurutnya kurang profesional.

Gil Dong berkata: “Walaupun dia masuk sebagai pemain gantian, dia tidak bekerja keras dan cuba mengelak perebutan [bola]. Nilai nama itu tidak bermakna di atas padang. Saya akan memberitahunya perkara ini betul betul nanti.”

Peminat bola sepak sendiri mempersoalkan tindakan FC Seoul.

“Masih tak faham macamanalah kamu boleh memutuskan untuk rekrut dia ni walaupun segala cerita tentang betapa sampahnya dia ni,” tulis seorang peminat.

Yang lain berkata: “Bukan sesuatu mengejutkan, inilah sebabnya kenapa dia gagal menjadi bakat elit.”

Seterusnya peminat yang lain berkata: “Tak apa sekurang kurangnya kamu ada penari di bilik persalinan.”

Playmaker berusia 31 tahun itu dilaporkan mendapat beberapa tawaran daripada kelab di seluruh dunia selepas dia berpisah dengan Nottingham Forest pada penghujung musim panas lalu.

Lingard terus menyertai Seoul pada Februari tetapi belum membuat permulaan kesebelasan utama pertamanya untuk kelab itu, dengan ketiga-tiga penampilannya setakat ini adalah sebagai pemain gantian. Lingard juga telah dilayangkan kad kuning sebanyak dua kali daripada tiga aksinya bersama FC Seoul setakat ini.

Berikutan kemenangan menentang Jeju, Lingard dan rakan sepasukannya kini tidak beraksi sehingga selepas rehat antarabangsa yang akan datang. Pertembungan seterusnya akan tiba pada 31 Mac, ketika pasukan Gi-dong menentang Gangwon – yang satu tempat di belakang FC Seoul di tempat kelapan.

Lingard masih tidak dipanggil oleh bos England, Gareth Southgate, jadi pemain tengah itu kini akan menikmati rehat dua minggu sebelum dia kembali ke padang bola sepak.

Baca yang lain