Valve mengeluarkan Steam Deck yang merupakan konsol handheld untuk digunakan gamers bermain game di Steam.
Walaupun ianya berbentuk mudah alih, Steam Deck ini berfungsi seperti PC atau komputer riba biasa. Valve mengatakan pengguna boleh melayari internet dan memasang perisian lain pada peranti mereka.
Menurut GSM Arena, Steam Deck akan mula dilancarkan pada bulan Disember 2021 dan boleh mula dipesan pada 16 Julai.
Steam Deck diumumkan pada harga $399 /RM1,686 untuk versi 64GB dan $529/ RM2,235 untuk versi 256GB.
Berikut adalah spesifikasi ringkas Steam Deck yang hadir dalam dua versi:
CPU: AMD Zen 2 4c / 8t, 2.4-3.5GHz (hingga 448 GFlops FP32)
GPU: 8 RDNA 2 CU, 1.0-1.6GHz (hingga 1.6 TFlops FP32)
RAM: 16GB LPDDR5
Storan: 64GB, 256GB, 512GB; boleh ditambah dengan kad MicroSD
Skrin: 7 inci, 1280×800 (16:10), skrin sentuh LCD 60Hz
Bateri: 40Whr, “Permainan grafik dengan berat 2-8 jam” Saiz: 298mm x 117mm x 49mmBerat: kira-kira 669 gram
Valve melaporkan bahawa permintaan untuk Steam Deck sangat tinggi, jauh daripada jangkaan mereka.
Hanya sehari selepas pre order dibuka, sudah bersepah scalpers yang membanjiri eBay.
Valve sebelum ini sudah mengumumkan bahawa mereka menentang sekerasnya penjualan semula ataupun scalpers ini.
Valve turut mengenakan bayaran sekitar $5.50 untuk tempahan sekarang. Dan hanya mereka yang pernah membeli produk di Steam sehingga Jun 2021 sahaja layak untuk memesan Steam Deck secara pra tempahan.
Ini dengan harapan Steam Deck benar benar dimiliki oleh gamers sebenar. Namun, nampak gayanya usaha Valve untuk mempercayai gamers sejati agak sia sia.
Mereka menjual semula Steam Deck tersebut dengan harga mencecah $5,000 ataupun RM21,123.
Valve dilaporkan sudah mengingatkan para pembeli agar tidak membeli daripada eBay. Ini kerana tarikh yang dinyatakan oleh scalpers tersebut adalah tidak tepat.