Baru Sembuh Covid, The Rock ‘Smack Down’ Pagar Sebab Tak Nak Lambat Ke Lokasi Penggambaran

Dwayne “The Rock” Johnson dikenali dengan wataknya yang lasak di dalam movie dan juga di arena WWE.

Di dunia sebenar pun sebenarnya The Rock sangat lasak.

Mana tidaknya, gara gara tak mahu terlambat ke tempat kerja ataupun lokasi shooting, The Rock telah meng-smack down pagar automatik di rumahnya dengan tangannya sendiri.

Pada pagi itu pagar The Rock tak berfungsi akibat gangguan bekalan elektrik akibat ribut besar di kawasan kediamannya.

The Rock yang baru sembuh daripada c0v id  1 9. Dan beliau perlu kembali untuk bekerja dan ada penggambaran untuk filem terbarunya. Kerana penggambaran itu tak akan bermula tanpanya.

Malang sekali pagarnya pagi itu rosak. Lalu dia mencabut pagarnya itu dengan tangannya.

The Rock memuat naik gambar pagar rumah yang dirobohkannya ke akaun media sosial Instagramnya.

“Bukan waktu terbaik saya, tetapi lelaki harus pergi bekerja.”

“Kami mengalami gangguan bekalan elektrik akibat ribut buruk, menyebabkan pintu depan rumah saya tidak dapat dibuka.”

“Saya cuba ‘override’ sistem hidraulik untuk membuka pintu, yang biasanya berfungsi ketika tiada elektrik – tetapi kali ini tak menjadi pula.”

“Saya memanggil mekanik supaya dapat membuka pintu depan, tetapi saya tidak ada masa 45 minit untuk menunggu.”

“Sekarang, saya ada beratus-ratus kru produksi yang sedang menunggu saya datang bekerja, barulah kami dapat memulakannya,” katanya.

“Oleh itu, saya melakukan apa yang harus saya lakukan. Saya menolak, menarik, pintu itu sendiri. Cabutnya dari dinding bata, pecahkan hidraulik keluli dan membalingnya ke rumput,” katanya.

Dwayne telah menarik perhatian rakan selebriti. Ada yang menghargai tindakan The Rock.

“Ini cemerlang,” kata Karen Gillan, bintang bersama dalam “Jumanji: Selamat Datang ke Rimba”,

“Gerbang dibuka dengan cara lain,” kata Ryan Reynolds.

Selepas itu beliau memuat naik kerja kerja pemulihan daripada kerosakan yang dia lakukan. Beliau mengakui pada pagi itu hatinya agak panas. Tu yang berlaku kerosakan.

“Nah, inilah dia kehancuran yang saya tinggalkan setelah mencabut pintu pagar saya dan pergi bekerja.”

“Rakaman ini diambil dari kamera keselamatan rumah saya setelah saya pergi dan dia tiba di tempat kejadian.”

“Video kedua adalah juruteknik dan welder kami yang membawa salah satu pintu dan meletakkannya dengan cermat di atas rumput.”

“Seperti yang anda ketahui dari catatan terakhir saya, berlaku gangguan bekalan elektrik di rumah saya, menyebabkan pintu depan saya tidak dapat dibuka.”

“Sudah tentu bukan masa terbaik saya, tetapi ada ramai orang yang menunggu saya di tempat kerja, jadi saya melakukan apa yang harus saya lakukan, untuk pergi bekerja.”

“Mungkin lain kali saya hanya akan memanjat pintu gerbang dan memanggil Uber.”

“Sebenarnya, tidak, saya tidak akan.”

“Tidak ada keseronokan pun dalam benda macam tu.”

“Cuma berjenaka, terima kasih kepada tehnician dan welder yang bertindak pantas di pagi hari untuk datang dan menangani kemusnahan.”

“Terima kasih tuan-tuan.”

“Cuma suatu hari saya tidak ada mood.”

“Kita semua pernah mengalaminya.”

Beberapa hari sebelum kejadian itu, Dwayne disahkan dapat kembali bekerja setelah dinyatakan sembuh sepenuhnya daripada COv-19.