Bas Pasukan Thailand Diserang Penyokong Indonesia, Shin Tae Yong Risau FIFA Ambil Tindakan

Penyokong Thailand menzahirkan kekecewaan mereka melihat bas pasukan mereka diserang sebelum sepak mula antara Indonesia dan Thailand.

Mungkin peminat Indonesia masih sakit hati dengan kekalahan di tangan Thailand pada final edisi sebelum ini?

Dalam insiden tersebut, polis mengiringi bas pasukan Thailand. Namun masih tidak mampu membuatkan penyokong Indonesia agar tidak melakukan serangan ke atas bas pasukan pelawat.

 

Selepas tamat perlawanan, ketua jurulatih kedua dua pasukan meluahkan rasa kecewa mereka atas kejadian itu.

Jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong meminta penyokong Indonesia agar lebih menghormati pasukan lawan.

Dan berkata dia tidak mahu Indonesia dikenakan tindakan oleh FIFA.

Sementara itu jurulatih Thailand, Mano Polking menyatakan perbuatan seperti itu tidak seharusnya terjadi lagi pada zaman moden ini. Dan menegaskan bahawa provokasi seperti itu tidak mengganggu fokus para pemainnya.

Ramai juga penyokong sejati Indonesia menyatakan kekecewaan mereka di atas kejadian itu.

Akaun Twitter Komisi Wasit mempersoalkan, adakah penyokong penyokong ini tidak pernah serik dan belajar? Sebelum ini Indonesia sudah banyak kali digemparkan insiden keganasan penyokong.

Kemuncak kepada keganasan penyokong adalah tragedi kanjuruhan.

Ada yang meminta agar penyokong menjaga adab mereka.

Thailand berjaya mengikat Indonesia dengan keputusan 1-1 walaupun beraksi 10 pemain pada separuh masa kedua.

Indonesia mendahului menerusi penalti Marc Klok. Namun Sarach Yooyen menyamakan kedudukan pada minit ke-79.