Pihak kreatif WWE sepertinya sudah membuat satu keputusan yang sangat menarik untuk aksi RAW minggu ini.
Selepas rasa dikecewakan oleh Cedric Alexander dan Shelton Benjamin, Bobby Lashley memutuskan untuk menyingkirkan mereka dari The Hurt Business.
Beliau telah menyerang kedua-dua bekas anggota The Hurt Business itu seterusnya mengumumkan bahawa pakatan mereka dibubarkan.
Batista: Who In Their Right Mind Would Break Up The Hurt Business Already? https://t.co/uhfJtailXW
— Fightful Wrestling (@FightfulWrestle) March 31, 2021
Juara dunia WWE itu kemudiannya mengadakan perlawanan satu lawan satu bertemu Benjamin dan beliau jelas mendominasi perlawanan tersebut.
MVP sekadar menjadi penonton yang melihat bagaimana teruknya Lashley membelasah Benjamin, dan mungkin pakatan mereka tidak akan kembali bersama lagi selepas ini.
Semasa era mereka bersama, The Hurt Business berjaya mendominasi RAW dengan merampas semua kejuaraan, dengan Bobby memenangi kedua-dua kejuaraan Dunia dan United States, sementara Cedric dan Shelton pula menyandang kejuaraan regu RAW.
Bahkan MVP sendiri pernah menyandang sabuk kejuaraan United States sebelum Lashley.
The Animal is unhappy with a recent WWE creative decision https://t.co/fTSOpIDDhA
— Cultaholic Wrestling (@Cultaholic) April 1, 2021
The Hurt Business bukan hanya berjaya di atas gelanggang sahaja, mereka bahkan turut menjadi sangat terkenal di kalangan peminat WWE.
Peminat WWE seluruh dunia sendiri seolah tidak percaya melihat pakatan itu dibubarkan pada malam Isnin lalu, dengan kebanyakkan dari mereka membincangkan hal tersebut di media sosial.
Bukan hanya peminat WWE, bahkan legenda dan juga ahli jemaah dewan kemasyuran WWE, Dave Batista sendiri turut berkongsi pandangan beliau berkait keputusan tersebut dan menganggapnya sebagai yang terburuk untuk perniagaan.
“Mari kita cuba ini sekali lagi! SIAPA yang buat keputusan untuk membubarkan #HurtBusiness ? Jawapan: TIDAK ADA SESIAPA!! #SMFH #BadForBusiness”.
Batista Hated Seeing The Hurt Business Get Broken Up on #WWERaw https://t.co/vq81lxGhPP pic.twitter.com/zt5UN5twVf
— WWE on ComicBook (@WWEonCB) March 31, 2021
Tulis beliau.
Tidak mengejutkan untuk melihat kebanyakkan peminat turut membalas kenyataan dari Batista dan bersetuju dengan pendapat beliau.
Dengan berpecahnya The Hurt Business, masa depan Cedric Alexander dan Shelton Benjamin di RAW turut menjadi persoalan ketika ini.
Sebelum menyertai pakatan bersama Lashley dan MVP, mereka sekadar bergelumang dengan penggusti mid card yang lain.
Jadi adakah WWE merasakan kedua-dua mereka sudah berjaya menstabilkan karier masing-masing untuk bergelar main-eventers? Dengan tidak bersama pakatan The Hurt Business lagi?
Di satu sudut lain, Lashley jelas akan terus mendominasi RAW memandangkan beliau masih lagi bergelar Juara Dunia dan akan beraksi di WrestleMania nanti.
Hurt Business: *Breaks Up*
Batista: https://t.co/Z8srsuUswB pic.twitter.com/JVbpccncWk
— Dandy Orton (@TheShiniestDan2) March 31, 2021
Lashley akan bertarung dengan Drew Mcintyre untuk merebut sabuk kejuaraan dunia WWE dan tidak kira beliau menang atau kalah, beliau akan tetap berada di zon sebagai penggusti utama selepas tamat WrestleMania 37.
Atau mungkin Batista berminat untuk kembali ke WWE dan mengambil alih The Hurt Business? Menjadi ketua kepada pakatan itu bersama Cedric Alexander dan Shelton Benjamin?