Kelab Ligue 1, PSG telah mendapat perhatian ramai pihak sebaik sahaja mereka mendapatkan Lionel Messi. Ramai yang mahukan kepastian bagaimana mereka boleh lepas sekatan FFP dengan mendapatkan Messi, Ramos, Wijnaldum dan pembelian Achraf Hakimi.
Kesemua pemain tersebut telah menambah beban gaji dan kos perbelanjaan perpindahan kepada PSG.
Namun PSG mempertahankan diri mereka dengan menyatakan bahawa mereka tidak melanggar langsung had FFP.
Nasser Al Khelaifi, presiden PSG, malah menyatakan dia memang menunggu soalan berkaitan FFP daripada wartawan.
Nasser Al Khelaifi berkata: “Kami memang tunggu soalan itu. Berkaitan dengan FFP, kami sentiasa patuh dengan FFP sejak dari mula lagi.”
“Sebelum membuat sesuatu keputusan kami sudah meneliti sebaiknya perkara itu. Kami sudah menyemak dan mendapatkan pandangan bahagian kewangan kelab.”
“Mereka memaklumkan kepada kami bahawa kami boleh menandatangani Lionel Messi berdasarkan status akaun semasa.”
Daily Mail melaporkan bahawa, sebahagian daripada gaji Messi dibayar menggunakan matawang kripto. Itu yang membuatkan PSG lepas daripada FFP.
Messi menerima gaji EUR35 juta semusim yang sangat tinggi. Buat masa ini, UEFA masih tidak ada peraturan yang menghalang atau menyertakan penggunaan matawang kripto ke dalam akaun sesebuah pasukan.
Itulah sebabnya PSG menyatakan mereka lulus FFP walaupun ada Messi, Neymar, Kylian Mbappe, Sergio Ramos. Marquinhos, Verratti dan Gianluigi Donnarumma dalam pasukan. Mereka semua penerima gaji tinggi di PSG.
PSG menggunakan matawang kripto mereka yang bernama $ Chiliz menerusi ‘$ PSG fan token’.
EXCLUSIVE-Messi's Paris St Germain package includes crypto fan tokens https://t.co/ykUUyoTAWM pic.twitter.com/Nbwznkle1a
— Reuters (@Reuters) August 12, 2021
Sejak September 2018, PSG telah bekerjasama dengan syarikat blockchain socios.com, yang membolehkan peminat membeli token PSG $.
PSG menyatakan bahawa Messi akan menerima sebahagian besar gajinya dalam crypto. Namun, presiden Nasser Al-Khelaifi menegaskan bahawa kelab itu tidak melanggar peraturan Financial Fair Play.
Barcelona bangkitkan isu FFP: PSG lagi teruk daripada kami
Sebelum ini, Peguam Barcelona sudah memfailkan aduan ke Mahkamah Rayuan Eropah / European Court of Appeals, mencadangkan bahawa, mahkamah harus menghalang PSG serta merta daripada menandatangani Lionel Messi.
Lionel Messi ketika itu dikaitkan dengan PSG sebagai calon kelab utama beliau yang baharu. Lalu Barcelona cuba menghalangnya.
Juan Branco berkongsi kepingan surat aduan Barcelona yang bertulis: “Mewakili rakan kongsi Barcelona, firma kami bersiap sedia untuk mengajukan bantahan bersama sama sa dengan jawatankuasa Eropah, dan mendesak penggantungan sementara sebelum mahkamah sivil dan pentadbiran di Perancis menghalang secara penuh PSG daripada menandatangani Lionel Messi.”
“Ratio FFP PSG dari segi Financial Fair Play adalah lebih teruk daripada Barcelona.”
“Pada 2019/20, nisbah gaji vs pendapatan ialah 99%, sedangkan Barcelona cuma 54%. Ianya terus meningkat.”
“Sukar dipercayai bahawa FFP telah membuatkan “Financial Fair Play” berfungsi untuk memburukkan lagi peralihan perniagaan dalam bola sepak, instrumentalisasi bola sepak oleh kuasa mutlak, dan penyelewengan pertandingan.”
Laporan itu mendakwa PSG akan mengalami pelanggaran FFP dengan penandatanganan Messi, dan mendedahkan bahawa Barcelona tidak dapat memperbaharui kontrak bintang itu kerana alasan yang sama walaupun setelah pemotongan gaji 50 peratus. Hutang kelan itu kini berada dalam paras sehingga 110% daripada sumber pendapatan.
PSG yang sebelum ini berikrar akan menjual beberapa pemain mereka untuk memastikan mereka ada ruang untuk melanjutkan kontrak Neymar dan Mbappe, telah melakukan yang sebaliknya.
Mereka mendapatkan Achraf Hakimi dengan nilai EUR70 juta. Kemudian mendapatkan pemain bintang secara percuma seperti Gianluigi Donnarumma, Sergio Ramos, dan Georginio Wijnaldum.
Walaupun percuma, gaji dan juga kos pembelian Hakimi dianggap sudah membuatkan kelab itu melepasi had FFP. Lebih lebih lagi, Ligue 1 bukannya seperti EPL yang ada hak penyiaran sekitar EUR110 juta – EUR120 juta semusim kepada kelabnya.
LIONEL'S EXIT GETS MESSI
The prolific footballer reiterated his commitment to stay in Spain
"Barca is in his blood, he is a true Catalonia ambassador"
Barcelona’s lawyers will attempt to block Lionel Messi’s move to PSG.
(Source: Daily Mail) pic.twitter.com/57xjgRmPRf— news for you 🗨️ (@newsforyouSA) August 9, 2021
PSG sudah melanjutkan kontrak Neymar dan menambahkan lagi gaji yang besar antara Neymar dan Mbappe. Mereka masih berusaha melanjutkan kontrak Mbappe.
Sebelum ini penganalisis pasaran perpindahan Anthony Lapopolo telah mempersoalkan ratio akaun PSG untuk mendapatkan Messi. Dan bertanya, dari sudut apakah PSG boleh melepasi pematuhan perbelanjaan Financial Fair Play / FFP?
Anthony Lapopolo berkata menerusi Twitternya:
“Bagaimana mungkin PSG memberikan Neymar €30 juta semusim, membayar €60 juta untuk Hakimi, dan membayar €75 juta gaji sebelum cukai kepada Messi, Donnarumma, Wijnaldum dan Ramos — dan pada masa yang sama malah memikirkan untuk menandatangani semula Mbappe [jika tidak melanjutkan kontrak baru] dalam satu musim yang sama. ”
“Ini akan membuatkan mereka defisit €204 juta dari segi pendapatan? UEFA, hentikanlah sandiwara ini semua.”
“Pada Januari, akhbar Perancis L’Equioe menulis: Misi utama Leonardo adalah menjual beberapa pemain.”
Anthony merujuk kepada laporan yang menyatakan PSG mahu kekal berada di landasan FFP. Ini kerana PSG mahu melanjutkan kontrak Neymar dan Mbappe sebagai keutamaan mereka.
French newspaper L'Equipe in January: "Selling players becomes Leonardo's main mission."
PSG sporting director Leonardo: 🥱
— Anthony Lopopolo (@sportscaddy) August 6, 2021
Seterusnya, Anthony juga menyindir UEFA yang dengan pantas menghukum kelab kelab di Turki dadn Romania sebelum ini atas kesalahan akaun mereka melebih had ditetapkan FFP dengan mendenda dan menggantung mereka daripada pertandingan Eropah.
Menurut Anthony, UEFA pilih kasih. Apabila tiba kepada kelab kelab besar seperti PSG, mereka sangat berlembut. Dan sudah beberapa kali PSG diberikan amaran dan akhirnya terlepas daripada hukuman.
Anthony menambah: “UEFA langsung tidak berbuat apa apa untuk memperbaiki imej organisasi mereka yang sebenarnya sudah muflis dari sudut moral dengan langsung tidak ada minat untuk membuatkan sukan ini lebih stabil.”
“UEFA berterusan hanya menghukum kelab lebih kecil yang melakukan kesilapan di pasaran perpindahan yang jauh lebih kecil berbanding PSG. Banyak kali dah, persepsi digunakan berbanding realiti.”
“Perbincangan harus diaadakan. Peraturan dalam bola sepak hanya akan berfungsi jika ianya melindungi semua pihak.”
“Kepada mereka yang menuduh saya hanya memetik nama PSG, ini dia, pada Mei lalu saya mengkritik Barcelona, atas sebab mereka melakukan perkara yang hampir sama.”