Bayer Leverkusen Berdepan Tindakan Kerana Penyokong Kibarkan Banner Anti Pelangi

Sekumpulan peminat Bayer Leverkusen telah membuatkan kelab mereka bengang apabila menaikkan banner yang tidak menyokong kepelbagaian gender lebih daripada 2 gender iaitu lelaki dan perempuan.

Bundesliga dan kelab di bawah naungannya memang sama je macam kelab eropah lain. Menyokong kempen pelangi.

Bukan saja liga mereka, negara Jerman itu sendiri rancak menggunakan bola sepak dalam menyatakan sokongan kepada kempen pelangi. Mereka sebelum ini mencetuskan idea bersama England untuk memakai lilitan kapten One Love di Piala Dunia 2022 yang dilarang oleh FIFA selepas itu.

Tetapi Jerman tak patah semangat, mereka membuat protes dengan menutup mulut sebelum sepak mula perlawanan mereka di Piala Dunia 2022.

Walaupun ramai yang menyokong pelangi, namun penyokong Bayer Leverkusen di satu seksyen telah menaikkan banner bertulis: “Ada banyak genre dalam muzik. Tetapi hanya ada dua sahaja jenis gender.”

Mereka mengibarkan banner itu ketika lawatan ke markas Wolfsburg.

Seperti yang dijangka, ianya menimbulkan kemarahan ramai penyokong di Jerman. Menurut mereka, penyokong Bayer Leverkusen tidak menghormati hak orang yang bertukar jantina. Di mana ia telah diiktiraf di Jerman sejak 2018 lagi – secara undang undang.

Penyokong Bayer Leverkusen yang pro pelangi pun tampil membidas banner itu dengan berkata: “Apa bodo la naikkan banner seperti itu ketika kelab kita sedang di dalam prestasi terbaik. Kami juga mengorbankan masa dan wang kami demi menyokong kelab.”

Peminat yang lain pula membidas penyokong Bayer Leverkusen sebagai kolot dan tidak meraikan inklusiviti di Jerman. Dan mendesak agar kelab itu dikenakan tindakan.

Kemenangan ke atas Wolfsburg dengan jaringan 3-0 minggu lalu membolehkan Leverkusen terus memimpin carta liga. Skuad bimbingan Xabi Alonso itu kini mengutip 34 mata selepas 12 perlawanan. Dua mata di atas Bayern.

Bundesliga dilaporkan bakal menyiasat apa yang berlaku. Dan kelab itu kemungkinan besar akan dikenakan tindakan.