Bayer Leverkusen Sedia Saingi Dortmund Dapatkan Jadon Sancho

Pemain tersisih dia Man United, Jadon Sancho kini menjadi perhatian banyak kelab. Bayer Leverkusen yang sedang bersaing untuk kejuaraan musim ini di bawah bimbingan Xabi Alonso dikatakan berminat mahu mendapatkan Sancho.

Ini bermakna, Leverkusen akan menyaingi seteru mereka Borussia Dortmund untuk mendapatkan pemain Man United itu.

Sancho masih tiada dalam perancangan Ten Hag dan masih diketepikan kerana masih enggan meminta maaf kepada pengurusunya itu.

Bukan sahaja Leverkusen yang sedia  menyaingi Dortmund namun dua lagi kelab Jerman iaitu RB Leipzig dan Stuttgart juga berminat.

Sebelum ini pengurusan tertinggi Borussia Dortmund menyatakan minat mereka mahu membawa pulang Jadon Sancho namun bukannya dengan harga €100 juta seperti mana mereka jual sebelum ini.

Namun pengurus Dortmund, Edin Terzic tidak begitu suka dengan idea ini. Tetapi bukan bermaksud dia menentang sepenuhnya. Kerana dia tahu Sancho pemain yang sangat berkualiti namun dia bimbang dengan rekod disiplin pemain itu.

Dortmund berharap Sancho akan mendesak Man United melepaskannya ke kelab mereka. Maka dengan itu mereka boleh berunding harga terbaik untuk pemain tersebut.

Kini Bayer Leverkusen mahukan Sancho. Pemain yang berpengalaman di Liga Jerman dan dianggap sangat sesuai dengan taktikal menyerang Xabi Alonso.

Sancho turut dikaitkan dengan PSG dan juga Barcelona. Namun PSG sudah menyatakan mereka tidak berminat dengan Sancho.