Bayern Bangga Akhirnya Dapat Lahirkan Pemain Terbaik Afrika Yang Pertama Dalam Sejarah

Bayern Munich berasa bangga kerana mereka akhirnya memiliki pemain pertama dalam sejarah kelab memenagi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan CAF.

Menurut Bayern Munich, kejayaan Mane adalah bukti bahawa pemain itu memang istimewa di dalam dan di luar padang.

Musim lalu Sadio Mane memenangi 2 piala bersama Liverpool dan kali menjadi naib juara dalam EPL dan UCL.

Mane menewaskan dua lagi calon lain menerusi sistem undian. Dua lagi calon itu ialah Mohamed Salah yang merupakan bekas rakan sepasukan Mane di Liverpool. Dan seorang lagi ialah Edouard Mendy yang merupakan rakan senegara dan sepasukan Mane di peringkat antarabangsa.

Ini merupakan kali kedua Sadio Mane menggondol anugerah itu selepas 2019. Dan kali kedua juga dia menewaskan Mo Salah untuk anugerah tersebut selepas 2019.

Mane membantu negaranya menang Piala Afrika dan juga mara ke Piala Dunia 2022.

Dalam dua perlawanan tersebut, Mane menewaskan Salah dan rakan rakannya.

Presiden Bayern, Hebert Hainer menegaskan bahawa mereka berbangga kerana kejayaan Mane kini mewakili negaranya, Bayern Munich dan juga Bundesliga, untuk memberitahu dunia tentang mereka.

Hainer berkata: “Tahniah Sadio Mane kerana sekali lagi dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Afrika. Dia memang luar biasa.”

“Dan lebih penting, seorang insan bepekerti tinggi yang menjadi duta kepada tanah airnya Senegal dan seluruh bola sepak, juga [duta mewakili] Bayern dan Bundesliga.”

CEO Bayern, Oliver Kahn berkata: “Kami sangat gembira dengan kejayaan Mane mendapat anugerah. Bayern, dalam sejarah panjang kelab ini, belum pernah ada pemain yang memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika untuk kelab.”

“Ini adalah satu kebanggan buat kelab kami. Kami sangat bangga kerana sekarang dia bermain untuk kelab ini. Dan kami ada banyak sasaran yang besar bersamanya.”

Sadio Mane menyatakan bahawa dia hilang kata kata selepas memenangi anugerah itu.

Mane berkata: “Saya sangat gembira dapat memenangi anugera ini. Saya nak mengucapkan terima kasih kepada FA Senegal, jurulatih saya, rakan rakan sepasukan di kelab dan di peringkat kebangsaan serta keluarga saya di Senegal. Saya sangat emosional dan tak tahu nak cakap macamana untuk menggambarkan perasaan saya sekarang ni.”

Baca yang lain