“Pasukan kami dah tak ada harapan dah,” kata Tuchel selepas Bayern kalah 2-0 di tangan musuh der Klassiker, Borussia Dortmund.
Tuchel berkata dia sudah mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Bayer Leverkusen.
Bercakap kepada Sky Jerman, Tuchel berkata: “Ya dah tentu [kami sudah kalah dalam persaingan kejuaraan liga], jelas sekali. Secara semulajadinya, saya dah tiada harapan. Tidak tidak tidak!
“Selepas perlawanan ini saya tak perlu beritahu kamu tentang lebih banyak lagi. Berapa mata kami di belakang? 13 mata kan?”
“Jadi tahniah buat Bayer Leverkusen, persaingan perebutan kejuaraan sudah berakhir,” kata bekas pengendali Borussia Dortmund, PSG dan Chelsea itu.
🚨🇩🇪 Thomas Tuchel gives up for Bundesliga title: “Congratulations to Bayer Leverkusen”.
“The title race is over”. pic.twitter.com/rViiMcCSJp
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 30, 2024
Bayern yang sebelum ini merangkul 11 kejuaran Bundesliga berturut turut sejak 2013, telah gagal berada di prestasi terbaik walaupun membelanjakan £100 juta hanya untuk membeli Kane saja.
Tuchel kecewa dengan prestasi hambar mereka menentang Dortmund.
“Perlawanan ini bukan standard kami. Jelas sekali kami tak cukup laju. Kami kehilangan semangat. Ini semua benar benar tak cukup.
“Kami sendiri tahu kami tak akan dapat sebarang mata dengan aksi seperti itu. Dan jelas ia berlaku sekali lagi.
Di tempat lain, Bayer Leverkusen menang lewat ke atas Hoffenheim dengan gol kemenangan minit ke-88. Tuchel akui bahawa keputusan dicatatkan lawan mereka itu memberikan impak kepada moral pemain mereka sebelum melangkah ke stadium menentang Dortmund.
“Kemenangan Leverkusen itu benar benar tidak membantu kami. Ianya 1-0 [di belakang] pada tempoh yang lama dan kami rasa kami boleh lakukannya sekali lagi.
“Mungkin aksi antarabangsa yang lalu memberikan kesan kepada kami kerana pemain pemain kami pada fikiran yang berbeza.
“Jelas ia terlalu sukar untuk bermain perlawanan ini dengan sengatan yang betul.
Bayern selepas ini akan berdepan dengan Heidenheim dan seterusnya Arsenal 3 hari kemudian.