Bayern Munich menelan satu lagi kekalahan ketika kelab itu terus dilanda krisis dalaman.
Sebelum ini Bayern memecat pengurus mereka Julian Nagelsmann atas alasan kelab tak dapat menerima Bayern dipintas Borussia Dortmund pada masa itu di tangga teratas liga.
Kemasukan Tuchel sangat meyakinkan dengan kemenangan dalam sebut beliau pada aksi der Klassiker berdepan Dortmund – yang juga kelab lamanya.
Selepas itu Bayern tersingkir daripada DFB Pokkal dan menelan kekalahan di tangan City dalam aksi UCL.
Di mana berlaku percakaran antara Sadio Mane dan Leroy Sane. Membuatkan kelab mendenda pemain itu dan menggantung pemain itu.
Mane kemudian kembali ke dalam pasukan selepas Leroy Sane dilaporkan meminta kelab membatalkan pengantungan ke atas pemain itu kerana pasukan lebih memerlukan Mane dan kesemua pemain tersedia pada masa ini.
Mane berjaya menamatkan kemarau golnya dalam aksi berdepan Mainz. Tetapi ia tidak cukup untuk membantu Bayern daripada mengelak daripada satu lagi kekalahan.
Mainz menang dengan cemerlang dengan skor 3-1. Sekaligus memberikan peluang kepada Borussia Dortmund kembali merampas kedudukan teratas.
Bayern kini hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir mereka sejak memecat Julian Nagelsmann dan menggantikannya dengan Thomas Tuchel.
Dortmund yang beraksi pada sepak mula selepas aksi Bayern tidak mempersia siapkan peluang untuk memintas kelab itu sekali lagi.
Borussia Dortmund berjaya menewaskan Eintracht Frankfurt di gelanggang sendiri. Kini mereka berada di puncak liga dengan 60 mata. 1 mata di atas Bayern.
Tuchel merekodkan kekalahan ketiga beliau bersama Bayern. Di mana dia melakukannya dalam 7 perlawanan sahaja. Sedangkan Nagelsmann memerlukan 37 perlawanan untuk mencapainya.
Tuchel has already matched Nagelsmann for defeats as Bayern manager this season 👀 pic.twitter.com/Mlu2L2Zwc1
— ESPN FC (@ESPNFC) April 22, 2023