Bayern Munich terus menjadi badi Arsenal di pentas UCL. Walaupun pada awalnya skuad Mikel Arteta dijangka akan melepasi cabaran Bayern pada kali ini.
Hal ini kerana, Bayern agak terumbang ambing pada musim ini di peringkat domestik. Namun di pentas UCL ternyata Bayern masih menjadi pasukan yang memiliki tradisi yang kuat.
Lebih menarik pemain yang sebelum ini tidak sehaluan dengan Thomas Tuchel iaitu Joshua Kimmich menjadi penjaring gol kemenangan di Allianz Arena dan membawa Bayern ke separuh akhir.
Di mana Kimmich meluru dari belakang untuk menyambar bola lintang dan masuk.
Arsenal memulakan 45 minit pertama dengan sangat baik. Namun pada separuh masa kedua. dua kali Bayern melakukan percubaan tekena tiang sebelum mencetak gol pembukaan menerusi tandukan Joshua Kimmich.
Arsenal gagal membalas gol itu, sekaligus menamatkan perjalanan mereka dalam UCL kali ini selepas 7 tahun terlepas aksi UCL sebelum ini.
Juara UCL enam kali, Bayern Munich bertahan dengan baik selepas gol Kimmich itu. Bayern berjaya meneruskan rekod cemerlang di peringkat timbal balik peringkat kalah mati. Di mana Bayern hanya gagal mara sekali sahaja apabila mereka tidak kalah dalam perlawanan pertama untuk aksi timbal balik.
Trio serangan Arsenal, Bukayo Saka, Kai Havertz dan Gabriel Martinelli tidak bermaya di hadapan gol pada kali ini. Dengan Martin Odegaard cuba mencetak gol dari posisi belakang. Namun Neuer kebal di depan gawang mereka.
Harry Kane menyatakan kegembiraan beliau berjaya melepasi cabaran Arsenal. Sebelum perlawanan, Kane yakin ramai peminat Spurs menyokong Bayern pada aksi ini.
Kane turut menyatakan betapa Bayern mahu menamatkan kempen UCL ini sebagai juara selepas musim yang mengecewakan dalam Bundesliga. Di mana minggu lalu mereka disahkan terlepas kejuaraan kepada Bayer Leverkusen.
Kane sendiri terdesak mahu menjulang trofi senior pertama dalam kariernya.
Bayern berjaya melepasi cabaran suku akhir kali ini setelah menang 3-2 secara agregat. Kedua dua pasukan minggu lalu terikat 2-2 di Emirates dalam aksi yang sangat dramatik.
Arsenal kini terus gagal untuk menjuarai UCL dalam sejarah panjang kelab itu yang sarat dengan trofi. Ianya kekal menjadi trofi yang tidak dapat digapai oleh Arsenal.
Pundit Inggeris musim ini meletakkan Arsenal dan City sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai UCL kali ini. Agak ironi kerana kedua duanya tersingkir pada hari yang sama.
Saksikan rangkuman perlawanan di sini: