Bayer Leverkusen menolak tawaran €20 juta daripada Bayern Munich untuk mendapatkan Jonathan Tah.
Sebelum ini pertahanan itu sudah memberitahu Leverkusen bahawa dia mahu menyertai Bayern Munich dan tak akan melanjutkan kontrak baharu di kelab juara liga itu.
Leverkusen dikatakan terpaksa akur dengan permintaan pemain itu dan sudah memulakan proses mencari penggantinya.
Bayern juga yakin bahawa mereka akan dapat menyelesaikan perpindahan ini dengan tawaran €20 juta yang mereka kemukakan kepada Leverkusen.
Namun begitu, Leverkusen tidak akan melepaskan Tah dengan harga yang rendah. Mereka mahukan €40 juta untuk pemain tersebut. Atas pertimbangan Bayern adalah seteru mereka dalam perebutan piala musim hadapan.
Kem Bayern dikatakan kurang gembira dengan Leverkusen dan menganggap tanda harga €40 juta itu sebagai melampau. Ianya dua kali ganda daripada apa yang Bayern tawarkan ketika ini.
Menurut BILD, pengurusan tertinggi Bayer Leverkusen tidak berminat untuk menguatkan pesaing mereka dengan menerima tawaran harga yang rendah untuk pemain mereka.
Leverkusen malah sedia untuk kehilangan pemain itu secara percuma di masa akan datang berbanding dengan menjualnya dengan harga lelong ke Bayern Munich.
Harga berbeza akan dikenakan kepada kelab lain yang berminat dengan Jonathan Tah, selain daripada Bayern Munich.
Bayern masih lagi berharap agar perpindahan ini akan menjadi kenyataan. Buat masa ini, Jonathan Tah masih bersama dengan kem Jerman untuk Euro 2024.
Bayer Leverkusen have rejected a first official bid from Bayern for Jonathan Tah, worth less than €20m. Tah has expressed his desire to join Bayern, but Leverkusen still value him at around €40m. Leverkusen have no intention of strengthening a direct competitor – so if Bayern… pic.twitter.com/iFvKro9jb5
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) June 24, 2024
Dan selepas ini Bayern akan meneruskan semula usaha untuk memburu tandatangan Jonathan Tah yang menjadi sasaran utama Vincent Kompany di Bayern Munich.
Musim lalu, Jonathan Tah menjadi pemain penting Bayer Leverkusen ketika membantu kelab itu menjadi juara Bundesliga buat pertama kali di dalam sejarah.
Skuad bimbingan Xabi Alonso turut memenangi kejuaraan itu dengan status invincibles ditambah dengan satu lagi kejuaraan domestik iaitu Piala DFB.
Xabi Alonso turut menjadi sasaran oleh Bayern Munich sebelum ini. Di mana Bayern cuba memujuk Alonso mengaktifkan klausa khas pada kontraknya, di mana dia boleh menyertai bekas kelabnya jika dia mahu, 3 kelab itu adalah Bayern Munich, Real Madrid dan Liverpool.
Namun akhirnya Xabi Alonso memutuskan untuk terus kekal di Leverkusen setelah membantu mereka menjadi juara Jerman.
Alonso sedia mempertahankan kejuaraan Bundesliga bersama dengan Bayer Leverkusen pada musim akan datang. Pengurusan tertinggi Leverkusen sebelum ini sudah berikrar akan terus membantu Xabi Alonso dalam usaha mereka mahu menguatkan lagi skuad itu.