Noussair Mazraoui yang kini bermain untuk Bayern Munich telah menyuarakan sokongannya terhadap Palestin di media sosial yang telah membawa maklum balas pantas daripada kelabnya.
Pemain itu kini berdepan dengan tindakan tatatertib daripada Bayern selepas Mazraoui menerbitkan post dengan mesej menyokong Palestin ketika negara itu bergolak dengan Israel sekali lagi.
Pemain pertahanan Bayern itu berkongsi video pro-Palestin di Instagram yang memaparkan suara yang berbunyi: “Allah, bantulah saudara kami yang tertindas di Palestin untuk mencapai kemenangan. Semoga Tuhan memberi rahmat kepada yang mati, semoga Allah menyembuhkan mereka yang cedera.”
Pihak kelab Bayern Munich bertindak balas dengan segera kepada komen Mazraoui dan mengesahkan perbincangan akan diadakan dengan pemain pertahanan itu apabila dia kembali ke kelab itu hujung minggu ini.
Dipercayai post tersebut telah dipadamkan pemain itu atas permintaan kelab. Bayern mengesahkan mereka akan menyiasat pemain itu secara dalaman. Dengan kelab mengesahkan pendirian mereka menyokong Israel dalam konflik antara dua negara itu.
Bayern menegaskan bahawa Israel adalah mangsa serangan pengganas pada masa ini.
After voicing his support for #Palestine, Bayern Munich says it will call professional Moroccan footballer Noussair Mazraoui for an investigation. The German club also reiterated its support for #Israel and its crimes in #Gaza, #Palestine. pic.twitter.com/KQ9yOJ4dxK
— Quds News Network (@QudsNen) October 16, 2023
Bayern dalam kenyataannya berkata: “FC Bayern segera menghubungi Noussair Mazroui berikutan catatan Instagramnya pada hari Ahad.”
“Pemain itu kini berada di Afrika bersama pasukan kebangsaan Maghribi. Selepas kepulangannya, perbualan peribadi terperinci dengan pengurusan kelab di Munich akan diatur.”
“Walau apa sekalipun pun, semua orang, termasuk setiap pekerja dan setiap pemain, tahu apa nilai yang dipegang oleh FC Bayern. .Kami menyatakan ini secara terbuka dan tidak berbelah bahagi dalam satu post sejurus selepas serangan pengganas ke atas Israel.”
“Kami mengambil berat tentang rakan-rakan kami di Israel dan berdiri bersama mereka. Pada masa yang sama, kami berharap untuk wujud keamanan untuk semua orang di Timur Tengah.”
Bayern statement via @dpa: "FC Bayern immediately contacted Noussair Mazroui following his Instagram posts on Sunday. The player is currently in Africa with the Morocco national team. After his return, a detailed personal conversation with the club's management in Munich is… pic.twitter.com/jTX0bIwB9r
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 16, 2023
Mazraoui juga telah bercakap dengan DPA mengenai siaran media sosialnya yang kontroversi dan untuk menjelaskan pandangannya.
“Intinya ialah saya memperjuangkan keamanan dan keadilan di dunia ini,” jelasnya. “Ini bermakna saya akan sentiasa menentang semua jenis keganasan, kebencian dan peperangan.”
Sementara itu Bayern turut memiliki seorang penjaga gol dari Israel. Dan dia lantang mengecam Hamas sebagai pengganas yang menyerang negaranya.
Bayern Munich goalkeeper Daniel Peretz makes an announcement about the terrorism of Hamas against Israel. Hamas commits crimes against humanity. Israel defends itself. If you are athletes or even just human people join him.#IsraelFightsBack #hamasisISIS #hamasisnazis pic.twitter.com/vxVQP0677I
— Yarin Hay Itzhak (@YarinHay8) October 15, 2023
Mazraoui kini dalam tugasan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Maghribi yang menentang Liberia pada Selasa dalam kelayakan ke AFCON 2023.