Bayern Mahu De Zerbi

Roberto De Zerbi dikaitkan dengan Bayern Munich sebagai calon pengganti Thomas Tuchel.

Tuchel akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Dengan beberapa calon dalam senarai Bayern untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di Bayern.

Nama Xabi Alonso masih lagi menjadi calon utama yang dimahukan oleh Bayern.

Namun menurut laporan Florian Plettenberg, jika Bayern gagal mendapatkan Alonso, mereka akan beralih kepada Roberto De Zerbi.

Xabi Alonso masih tidak memberikan sebarang lampu hijau kepada Bayern Munich pada masa ini. Kerana fokusnya adalah untuk mencipta kejutan bersama dengan Bayer Leverkusen – untuk menjuarai Liga Jerman musim ini,

Bayern masih yakin mereka akan dapat memujuk Xabi Alonso menyertai mereka.

Namun mereka pada masa yang sama ada plan B dan C jika hasrat mereka itu tidak dapat terlaksana.

Oleh itu, mereka menjadikan De Zerbi sebagai calon seterusnya jika Alonso menolak untuk datang ke Bayern.

Pegawai Eksekutif Bayern yang baru dilantik, dan akan bertugas mulai 1 Mac, Max Eberl adalah peminat Roberto De Zerbi.

Eberl yang sebelum ini berkhidmat bersama RB Leipzig kini sedia menyumbang kepakarannya dalam ilmu bola sepak di Bayern.

De Zerbi juga nama yang turut dikaitkan dengan Liverpool untuk menggantikan Jurgen Klopp selepas pengurus itu meninggalkan Anfield pada akhir musim ini.

Selain daripada Liverpool dia juga turut dikaitkan dengan Barcelona. Di mana kelab tersebut masih mencari calon pengganti Xavi Hernandez yang juga turut akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini.

De Zerbi dikatakan memiliki klausa pelepasan untuk menyertai kelab besar.

Max Eberl memiliki pandangan yang sangat positif ke atas De Zerbi dari segi pengurusan taktikal, pemain serta susun atur struktur kejurulatihannya.

De Zerbi dianggap serba serbi sesuai untuk Bayern dan sudah bersedia untuk mengendalikan kelab besar.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil