Bayern Mahukan Penjaga Gol Maghribi, Oliver Kahn Penyokong Kuat Idea Ini

Piala Dunia 2022 benar benar mengubah nasib Yassine Bounou. Di mana, dia menjadi penjaga gol yang sangat dikenali selepas kejohanan itu.

Bounou menjadi nadi penting negaranya Maghribi untuk mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia. Kini mereka masih berpeluang untuk menamatkan saingan sebagai pasukan tangga ketiga.

Bayern Munich kehilangan Manuel Neuer pada baki musim ini selepas terlibat kemalangan ski ketika bercuti.

Selain itu Bayern memang dalam pencarian penjaga gol, kerana Neuer sudah berusia.

Bonou menjadi antara nama yang menarik perhatian Bayern Munich berbanding penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.

Marca melaporkan, Bonou yang sudah berusia 31 tahun kemungkinan akan berpindah ke Bayern Munich.

Dia kini memiliki kontrak sehingga 2025 dan ada klausa pelepasan €50 juta.

Sevilla setakat ini tidak menunjukkan tanda tanda mereka mahu menjual Bonou. Kerana ianya akan memberikan impak kepada usaha mereka untuk mengelak penyingkiran.

Namun Sevila dikenali dengan reputasi sebagai feeder club kepada kelab besar. Jika Bayern menawarkan harga yang tinggi, mereka mungkin akan menjual pemain itu memandangkan usianya sudah 31 tahun.

Bayern mungkin tak akan membayar klausa pelepasan EUR50 juta kerana Bayern sedang mengetatkan aliran perbelanjaan mereka.

Jika mereka mengaktifkan klausa itu, pastinya, Bonou ada peluang besar menjadi milik mereka.

Marca melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif kelab Oliver Kahn adalah “peminat besar” pemain itu.

Walaupun Livakovic lebih mudah, Kahn percaya bahawa Bonou pilihan lebih baik. Selain itu, usia 31 tahun bukanlah terlalu tua untuk penjaga gol, menurut Kahn.

Bayern memiliki seorang lagi penjaga gol, Alex Nubel yang dipinjamkan ke AS Monaco. Mungkin dia akan dipanggil balik kerana kecederaan Neuer.

Namun nama Bonou menjadi sasaaran mereka. Bayern Munich dijangka akan cuba membuka rundingan dengan Sevilla untuk mendapatkan penjaga gol Maghribi itu.

Bonou merupakan peminat Bayern Munich sejak dari kecil lagi. Dan Bayern yakin Sevilla akan terbuka mendengar rundingan dengan nilai bermula EUR20 juta untuk Bonou.

Berbanding dengan Nubel, Bonou lebih terbuka untuk menjadi penjaga gol nombor dua Bayern jika Neuer kembali selepas ini.

Baca yang lain