Bayern Munich semalam telah mencatatkan kemenangan sangat besar ke atas pasukan kerdil Jerman, Rottach Egern.
Di mana juara Bundesliga musim lalu tersebut mencatatkan kemenangan 27-0 pada aksi pra musim.
Pada separuh masa pertama sahaja Bayern sudah mencatatkan skor 18-0 dalam perlawanan ini. Dan menambah 9 lagi pada separuh masa kedua.
Kali terakhir kedua dua pasukan bertemu adalah pada 2019, dan Bayern ketika itu menang 23-0 juga dalam aksi persahabatan pra musim
Jadi dalam 2 perlawanan terakhir mereka, Bayern mencatatkan 50-0 ke atas pasukan tidak ternama itu. Mungkin Rottach Egern harus memikirkan semula aksi persahabatan dengan Bayern selepas ini.
3 pemain Bayern mengganas dengan 5 gol iaitu Jamal Musiala Musiala, Mathys Tel dan Marcel Sabitzer.
Terdapat 13 penjaring yang berbeza dalam perlawanan ini untuk Bayern.
Berikut adalah senarai penjaring gol untuk Bayern Munich: Musiala 3′, 13′, 36′, 42′, 44′, Gnabry 4′, 12′, 43′, Davies 8′, Laimer 20′, Tel 22′, 25′, 28′, 34′, 41′, Mazraoui 27′, Upamecano 30′, Sané 35′, Sabitzer 49′, 64′, 66′, 70′, 72′, Guerreiro 74′, Gravenberch 85′, Coman 86′, Mané 89′
A 27-0 win vs. FC Rottach-Egern! 👏#packmas pic.twitter.com/jHQDQikgKR
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) July 18, 2023
Di media sosial ramai peminat troll keputusan itu. Peminat pertama menyatakan bahawa: “Inilah jadinya apabila kamu memilih kelab 5 bintang dalam FIFA dan bermain level beginner.”
Seorang lagi mencadangkan agar pemain pemain Rottach Egern pergi mendapatkan rawatan mental kerana musim belum bermula namun mereka sudah lunyai dihancurkan secara mental oleh Bayern.
Saksikan highlight di sini je: