Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil kerja luar biasa sejak tiba di Aston Villa.

Bayern Munich secara aktif mencari pengganti kepada Thomas Tuchel. Dan usaha itu diketuai oleh Max Eberl yang secara rasmi menyertai pengurusan tertinggi pada Februari.

Mereka kali ini mahu memastikan pengganti Tuchel adalah pengurus yang benar benar bagus dalam taktikal dan pengurusan manusia.

Nama Xabi Alonso sebelum ini disebut sebut bakal menjadi pengurus baharu Bayern. Namun situasi Alonso dilihat semakin sukar kerana Leverkusen tidak mahu melepaskan pengurus itu.

Pada masa yang sama ketika ini Xabi Alonso tidak menunjukkan sebarang tanda tanda dia mahu berpindah ke Bayern. Selain itu Alonso turut menjadi sasaran kepada Liverpool.

Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi juga dalam senarai Bayern. Bayern juga tidak menolak untuk mempertimbangkan kepulangan semula Julian Nagelsmann atau cuba memujuk Jurgen Klopp untuk kembali semula ke pengurusan di Bundesliga selepas dia bercuti kelak. Namun langkah itu dilihat sukar kerana Klopp sudah menyatakan dia mahu bercuti sekurang kurangnya setahun.

Kini satu nama yang menarik perhatian Bayern ialah Unai Emery. Dia dianggap sebagai antara calon terbaik untuk mengendalikan Bayern Munich. Walaupun ketika ini nama Unai Emery masih lagi dalam senarai bukan calon utama.

Xabi Alonso dan Roberto de Zerbi masih menjadi 2 nama utama yang diutamakan oleh Bayern.

Walaubagaimanapun, Unai Emery masih berpeluang untuk melihat tawaran daripada Bayern tiba di atas mejanya jika senarai di atas tidak mahu menyertai Bayern.

Musim sebelum ini Unai Emery pernah menolak tawaran daripada Newcastle walaupun sudah mempersetujuinya pada awalnya.

Unai Emery pernah mengendalikan pasukan ala ‘Hollywood FC’ di PSG sebelum ini. Di mana dia mendapat tekanan tinggi daripada pemain pemain diva di PSG.

Mungkin pengalaman itu mematangkan Unai Emery untuk mengendalikan Hollywood FC sebenar iaitu Bayern Munich.

Unai Emery dikenali sebagai pengurus yang gemarkan corak permainan pantas. Dia juga pernah menjadi pengendali Arsenal selepas pemergian Arsene Wenger.

Baca yang lain