Gergasi Jerman, Bayern Munich menjadikan Roberto Firmino dan Leroy Sane sebagai sasaran perpindahan terbaru mereka. Bayern kali ini cuba shopping sakan di England pula.
Leroy Sane merupakan sasaran mereka sejak perpindahan yang lalu lagi. Namun gagal dimeterai.
Pemain sayap Manchester City itu memiliki gaya permainan yang dianggap sesuai dengan Bayern Munich. Beliau seorang pemain sayap yang laju dan lincah.
BILD melaporkan, rundingan dengan Man City hampir dimuktamadkan pada pra musim lalu. Tetapi terpaksa ditamatkan kerana pemain tersebut mengalami kecederaan.
Leroy Sane Pernah mendesak perpindahan ini. Dan menghantar transfer request. Tetapi ianya ditolak oleh Man City. Manchester City kemudian dilaporkan meletakkan harga lebih £100 juta sebagai tanda penolakan.
Pep Guardiola masih yakin pemain itu mampu untuk dipujuk agar melanjutkan lagi kontrak di City.
Sane dikatakan tidak mahu menjadi pemain simpanan di Manchester City. Buat masa ini Raheem Sterling merupakan pemain pilihan utama Pep Guardiola.
Bayern tetap berminat untuk membawa pemain kebangsaan Jerman itu ke kelab mereka untuk digandingkan dengan Serge Gnabry. Dan mereka masih meletakkan Sane sebagai senarai utama.
Bayern cuba membentuk duo winger yang mantap seperti mana mereka memiliki Robben dan Franck Ribery sebelum ini.
Dua pemain tersebut sudah meninggalkan Bayern Munich. Robben bersara, manakala Franck Ribery menyertai Fiorentina.
Terbaru, Bayern Munich juga dilaporkan berminat dengan Roberto Firmino – penyerang utama Liverpool. Bayern dikatakan sedia membayar £75 juta untuk pemain tersebut.
Bayern Munich are reportedly preparing a £75m bid for Liverpool forward Roberto Firmino.
The gossip ➡️ https://t.co/PnqwqO2WKo #bbcfootball pic.twitter.com/NMM510BpaF
— BBC Sport (@BBCSport) February 10, 2020
Firmino menjadi nadi penting Liverpool dan di antara no.9 terbaik pada musim ini. Cuma isu dia sekarang Firmino merupakan penyerang false 9 yang bukan penjaring gol banyak.
Beliau lebih kepada link up player. Dalam sistem permainan, Firmino menjadi penghubung di atas padang.
Bayern Munich dikatakan cuba mencari penyerang untuk menggantikan Robert Lewandowski pada jangka masa panjang. Dan mereka mahukan pemain yang sudah stabil.
Bayern Munich are hoping to complete a double raid on Manchester City and Liverpool in the summer transfer window, by signing Leroy Sané and Roberto Firmino.
— Man City Xtra (@City_Xtra) February 9, 2020
Jadi, Roberto Firmino telah diletakkan di dalam senarai beli mereka.
Berdasarkan sistem permainan Bayern mungkin lebih realistik untuk mendapatkan Timo Werner. Cuma pemain itu mahukan jaminan dalam kesebelasan utama.
Werner sebelum ini dikatakan kurang berminat untuk ke Bayern atau Liverpool kerana merasakan dua pasukan tersebut tidak memberikan jaminan dalam kesebelasan utama.
Tetapi pemain itu juga tidak menolak kemungkinan untuk menerima tawaran daripada kelab tersebut.
Buat masa ini agak sukar untuk Bayern ataupun mana mana pasukan di dunia cuba mendapatkan salah seorang daripada trio serangan Liverpool tersebut.
Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah telah membentuk gandingan serangan bertiga yang padu dan mengujakan.
Dan mereka bertiga berada dalam senarai top 20 untuk Ballon d’Or 2019.
Jika pun ada pemain tersebut mahu keluar pastinya harga diminta oleh Liverpool mahal gila.