Bayern Munich Mahukan Xabi Alonso

Bayern Munich dilaporkan mahu mendapatkan Xabi Alonso untuk menggantikan Thomas Tuchel jika pengurus itu dipecat.

Alonso kini membawa Bayer Leverkusen di kemuncak prestasi mereka. Berada di puncak liga dan dalam landasan terbaik untuk menjuarai liga musim ini.

Masa depan Tuchel di Bayern kini menjadi tanda tanya. Ini selepas dia menerima 3 kekalahan berturut turut.

Termasuk kalah di tangan Bayer Leverkusen dalam perlawanan yang dianggap sangat penting untuk Bayern.

Kelmarim, Bayern kalah di tangan Bochum pula. Meletakkan Tuchel kini dalam tekanan.

The Athletic melaporkan bahawa, Xabi Alonso kini berada dalam radar Bayern Munich. Pengurus itu dikatakan ada klausa pelepasan khas jika dia menerima tawaran daripada 3 bekas kelabnya iaitu Bayern, Real Madrid atau Liverpool.

Xabi Alonso dikaitkan dengan Liverpool dan juga Real Madrid. Membuatkan Bayern kini mahu menilai sama ada mereka perlu bertindak cepat untuk mendapatkan Alonso.

Tuchel sebelum ini dikatakan tidak yakin dia akan kekal lama di Bayern. Namun pengurus itu tidak akan meletak jawatan dan sedia berjuang untuk mengekalkan kedudukannya.

Tuchel dikaitkan dengan Barcelona beberapa minggu lalu. Namun kelab itu cuma boleh mendapatkan Tuchel jika dia mendapat penamatan kontrak di Bayern.

Barca tidak mampu membayar pampasan kontraknya.

Berbalik kepada cerita Xabi Alonso, CEO Bayer Leverkusen, Jan Christian Dreesen mengesahkan bahawa Alonso akan terus kekal dengan kelab itu. Dan mereka sudah sedia merancang untuk membantu Alonso menguatkan pasukan untuk musim musim akan datang.

Namun Bayern masih yakin mereka boleh mendapatkan Alonso. Jika Bayern memutuskan mahu merombak projek mereka selepas ini, maka Alonso adalah calon utama yang Bayern mahukan untuk mengepalainya.