Bayern Munich Sedia Gagalkan Usaha Man United Dapatkan Kim Min Jae

Manchester United menjadi kelab yang dikaitkan dengan Kim Min Jae.

Dan mereka juga dikatakan telah mencapai kesepakatan secara peribadi dengan pemain itu.

Dari segi harga, Man United tidak perlu risau, kerana Kim Min Jae memiliki klausa pelepasan yang mereka anggap mampu milik iaitu €50 juta sahaja.

Namun klausa pelepasan ini harus diaktifkan pada 2 minggu pertama Julai ini.

Jika tidak, Man United akan berunding harga dengan Napoli.

Kim Min Jae memang nak angkat kaki dari Napoli selepas membantu kelab itu memenangi Serie A. Dia menolak tawaran lanjutan kontrak oleh Napoli.

Antara sebab dia menolak adalah tidak setuju dengan usaha Napoli yang mahu menghapuskan klausa pelepasan pada kontraknya.

Pemain anatarabangsa Korea Selatan itu dilaporkan sedang menjalani latihan ketenteraan dengan syarat khas 2 minggu sahaja berbanding 2 tahun. Ini kerana Kim Min Jae berjaya membantu Korea Selatan memenangi emas Sukan Asia dalam acara bola sepak.

Tetapi Man United dilaporkan tidak cukup pantas bertindak. Akhirnya, Bayern memasuki persaingan.

Bayern sudah bercakap dengan ejen Kim Min Jae dan membentangkan projek mereka serta peranan Kim Min Jae dalam peranangan masa depan kelab.

Kim Min Jae dilaporkan tertarik dengan projek tersebut. Dengan ejennya berharap perpindahan Kim Min Jae akan diselesaikan secepat mungkin oleh mana mana kelab yang mahukan pemain itu.

Kegagalan mendapatkan Kim Min Jae pastinya akan menjadi tamparan kepada Erik Ten Hag – jika ianya berlaku.

Hal ini kerana sebelum ini pengurus asal Belanda itu diberitahu bahawa kelab sudah berputus asa dalam usaha mahu membawa Harry Kane ke Old Trafford dan meminta pengurus itu membuat pilihan lain.

Ini bukanlah kali pertama Erik Ten Hag gagal mendapatkan sasaran utama yang dia mahukan.