Bayern Pening Alphonso Davies Mungkin Akan Sertai Real Madrid Secara Percuma Macam Alaba

Real Madrid menyatakan minat mereka untuk mendapatkan Alphonso Davies dari Bayern Munich.

Namun mereka enggan membayar €60 juta yang diletakkan oleh Bayern untuk harga pemain itu.

Bayern baru baru ini sudah memberitahu ejen Davies bahawa pemain itu harus melanjutkan kontrak baharu atau dia dijual pada jendela perpindahan akan datang.

Bayern tidak rela melihat Alphonso Davies pergi secara percuma sebagaimana David Alaba sebelum ini. Ironinya, Alaba menyertai Real Madrid dan kini kelab Sepanyol itu mahukan Davies pula.

Kontrak semasa Alphonso Davies akan berakhir pada 2025. Dengan dia akan memasuki tahun terakhir kontraknya pada Jun hadapan.

Sebelum ini pemain itu dilaporkan cuba menangguhkan lanjutan kontraknya di Munich kerana masih mahu mempertimbangkan pilihan lain.

Antaranya, dia mahu melihat tawaran Real Madrid kepadanya.

Menurut Fabrizio Romano, Real Madrid tiada masalah untuk membayar gaji yang memuaskan hati Alphonso Davies. Namun mereka tidak mahu membayar harga setinggi €60 juta untuk pemain yang hanya tinggal setahun sahaja dalam kontraknya selepas ini.

Real Madrid malah sedia menunggu pemain itu datang secara percuma pada 2025. Dengan berharap pemain itu tidak melanjutkan kontraknya di Bayern.

Itu pasti akan meletakkan Bayern dalam situasi rumit. Mereka pastinya sedar bahawa situasi sekarang akan memihak Davies dan Real Madrid jika mereka gagal meyakinkan pemain antarabangsa Kanada itu untuk menandatangani kontrak baharu.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di