Bayern Sedia Batalkan Kontrak Nagelsmann Untuk Sertai Jerman Secara Percuma

Julian Nagelsmann kini mengukuhkan kedudukannya sebagai calon utama yang akan mengisi tempat sebagai pengurus baharu pasukan Jerman.

Sebelum ini hanya ada satu halangan besar iaitu pampasan yang perlu dibayar oleh DFB kepada Bayern Munich.

PSG pernah berunding dengan Julian Nagelsmann dan kelab itu terkejut kerana Nagelsmann sebenarnya masih lagi di bawah kontrak dengan Bayern Munich.

Bayern tidak melepaskan kontrak pengurus itu sepenuhnya kerana masih terikat untuk membayar gaji Nagelsmann pada masa ini.

Pampasan itu dilaporkan sekitar €15 juta. Dan DFB sudah menegaskan bahawa mereka tidak akan membeli kontrak itu dari Bayern.

Pegawai DFB sudah berbincang dengan Bayern agar kelab itu memberikan sedikit toleransi kepada pasukan kebangsaan.

Uli Hoeness mengesahkan bahawa Bayern sedia melepaskan Nagelsmann secara percuma ke skuad kebangsaan Jerman.

Bayern sedia untuk membatalkan kontrak Nagelsmann dengan kelab itu.

Bayern sentiasa menyokong skuad kebangsaan sejak dari dulu. Dan mereka adalah kelab paling aktif membekalkan pemain untuk skuad kebangsaan.

Sebelum ini Bayern pernah melepaskan Hansi Flick ke pasukan kebangsaan tanpa meminta sebarang yuran perpindahan. Ketika itu Hansi Flick masih ada baki kontrak 2 musim lagi.

Flick yang meminta Bayern melepaskannya kerana dia sudah lama mengimpikan jawatan pengurus pasukan kebangsaan Jerman.

Dia sebelum ini pernah menjadi pembantu kepada Joachim Low.

Berbalik kepada Julian Nagelsmann, pengurus itu kini masih belum ada jawatan. Jadi DFB benar benar yakin rundingan mendapatkan Nagelsmann seharusnya tidak menjadi masalah besar.