Bayern Sediakan Tawaran Ketiga €100 Juta, Isteri Kane Dah Cari Rumah Sewa Di Munich

Bayern Munich bakal melancarkan bidaan ketiga untuk mendapatkan Harry Kane.

Sebelum ini, dua bidaan mereka ditolak. Bidaan pertama bernilai €70 juta dan bidaan kedua bernilai €80 juta.

Delegasi Bayern sudah berjumpa dengan Daniel Levy di London beberapa hari lalu. Dan Harry Kane sudah dimaklumkan tentang perkara itu.

Namun begitu, Levy masih tidak mahu menjual Harry Kane. Malah dilaporkan bahawa Levy meminta sekurang kurangnya €120 juta daripada Bayern jika kelab itu benar benar mahukan Harry Kane yang merupakan legenda hidup Spurs.

Uli Hoeness sebelum ini membuat kenyataan kontroversi menyatakan Kane akan datang ke Bayern kerana mahu bermain di UCL.

Levy juga memberitahu Bayern bahawa sebarang tawaran di bawah €100 juta, sama sekali tidak dilayan oleh kelab itu pada masa ini.

Bayern kini sedia untuk membayar €100 juta untuk Harry Kane. Pemain itu tiada dakwa dakwi lagi, benar benar berminat mahu menyertai Bayern Munich.

Kane malah sudah memberitahu kelabnya dia cuma mahu ke Bayern sahaja. Kane sempat menolak tawaran dari PSG ke atasnya.

Spurs yang masih berusaha meyakinkan Kane untuk melanjutkan kontrak baharu telah menawarkan pemain itu gaji £400 ribu seminggu. Namun masih tidak dapat memujuk Kane setakat ini.

Jika Spurs tidak mahu menjual Kane ke Bayern sekarang, pemain itu sedia untuk kekal di Spurs semusim lagi dan pergi secara percuma ke Bayern Munich.

Musim sebelum ini, Harry Kane pernah menyatakan hasratnya untuk keluar dari Spurs. Dia mahu menyertai Man City yang turut menawarkan bayaran €100 juta namun ditolak Spurs.

Kane ketika itu menagih di mana janji Levy yang sedia menjualnya jika Spurs masih gagal memenangi trofi selepas 3 tahun daripada tarikh Kane melanjutkan kontraknya.

Levy menjadikan alasan, Kane tak akan dijual ke kelab Inggeris yang akan menjadi pesaing Spurs dalam kejuaraan EPL.

Kane terus kekal di Spurs dan terus menambah rekod golnya. Di mana kini dia merupakan penjaring kedua terbanyak dalam sejarah EPL hanya di belakang Alan Shearer.

Walaupun dengan jumlah gol yang banyak, Kane masih gagal memenangi sebarang trofi major.

Itulah sebabnya dia merasakan bahawa Bayern Munich adalah destinasi terbaik untuknya.

Isteri Harry Kane dilaporkan sudah berada di Munich sejak beberapa lalu lagi – menurut sumber BILD. Dia sedang mencari rumah sewa di sekitar Munich.

Isterinya Katie ada keyakinan bahawa suaminya akan berpindah ke Bayern sebelum jendela perpindahan kali ini ditutup.

Ini kerana Bayern sudah menawarkan harga minimum untuk membuka rundingan seperti diminta Levy.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid