Bayern Tak Minat Martinez, Lebih Tertarik Dengan Bounou Dan Sommer

Bayern Munich dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan penjaga gol Aston Villa, Emi Martinez.

Nama Emi Martinez mulai dikaitkan dengan Bayern selepas kejayaan beliau memenangi Sarung Tangan Emas Piala Dunia 2022,

Namun laporan beberapa minggu lalu oleh Fabrizio Romano menyebut bahawa, Bayern sebenarnya tidak berminat dengan Emi Martinez.

Dan Bayern masih bertegas bahawa mereka tidak berminat dengan Emi Martinez walaupun setakat ini masih gagal mendapatkan sebarang penjaga gol baharu.

Unai Emery pula sudah memberikan jaminan bahawa Emi Martinez akan terus kekal bersama Aston Villa selepas tamat jendela perpindahan Januari ini.

Bayern kini menumpukan 2 pilihan utama mereka iaitu Yann Sommer dan Yassine Bounou.

Antara perkara yang dipertimbangkan Bayern pastinya soal taktikal.

Bayern mencari penjaga gol untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Manuel Neuer yang cedera dan berehat panjang.

Bayern mahukan penjaga gol baharu pada Januari ini.

Penjaga gol yang mereka pinjamkan ke Monaco, Alex Nubel kelihatan lebih memilih untuk terus kekal secara pinjaman berbanding dengan menamatkan tempoh pinjamannya.

Nubel malah membayangkan bahawa dia mungkin akan mencari kelab baharu sekiranya Neuer terus menjadi penjaga gol utama musim hadapan.

Namun Nubel akui dia terpaksa akur jika Bayer dan Monaco mencapai kesepakatan penamatan kontrak pinjaman lebih awal.

Yann Sommer dianggap pilihan utama berbanding dengan Bounou.

Sommer memahami Liga Jerman dengan lebih baik. Namun Bounou mulai mendapat perhatian selepas aksi cemerlangnya bersama Maghribi dalam Piala Dunia 2022 yang lalu.

Sommer yang masih belum melanjutkan kontraknya di Mochengladbach dikatakan kini tertarik untuk mendengar daripada Bayern dan beberapa kelab lain termasuk Manchester United.

Namun begitu, Sommer mendedahkan bahawa rundingan kontrak baharu dengan kelabnya masih berjalan.

Bounou pula kelihatan lebih sukar untuk ditandatangani Bayern. Memandangkan Sevilla cuba mengekalkan penjaga gol itu bagi membantu mereka mengelak penyingkiran pada musim ini.

Seperti situasi Sommer, Bayern turut mendapat persaingan daripada Man United untuk mendapatkan Bounou.

Untuk Sommer, Bayern pastinya tahu, mereka boleh memberikan tekanan kepada Borussia Mochengladbach untuk mempertimbangkan untuk menjual Sommer mengelak daripada melepaskan pemain itu secara percuma.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan