Bayern Tak Nak Skim Ansuran Kerana Barca Akan ‘Hilang’ 2 Tahun Lagi

Bayern Munich ada alasan yang sangat kejam untuk menolak sebarang usaha Barca mendapatkan Robert Lewandowski secara ansuran.

Menurut Raphael Honigstein dari The Athletic, Bayern mengesyaki Barcelona akan ‘hilang’ dalam setahun atau dua tahun lagi.

Barcelona terus cuba memburu khidmat Robert Lewandowski. Bayern meminta €60 juta dibayar terus jika Barcelona mahukan penyerang tersebut.

Namun mereka sudah menjelaskan bahawa tidak akan menerima sebarang usaha Barcelona yang mahu membayar pemain itu secara ansuran dengan bayaran pendahuluan. Bayern Munich tidak yakin dengan keadaan ekonomi kelab tersebut.

Honigstein menjelaskan bahawa, Bayern Munich melabel Barca akan hilang dalam setahun dua, bukannya bermaksud kelab itu tak wujud lagi dalam masa 2 tahun lagi. Tetapi mereka merujuk kepada hilang daripada membayar hutang.

Sebelum ini bekas presiden Bayern, Uli Hoenes menjelaskan bahawa dia banyak mendengar daripada kelab kelab lain bahawa Barcelona akan cuba mengganggu pemain mereka dengan menyatakan minat mereka. Kemudian Barca akan cuba meminta kelab tersebut menerim skim bayaran ansuran.

Bercakap kepada wartawan, Hoenes ketika itu berkata: “Kelab lain pun ada masalah yang sama dengan kami. Saya berterusan mendengar, ada pemain mendapat tawaran daripada Barcelona. Saya bertanya, macamana mereka nak menampung pembelian itu secara ekonomi? 2 tahun akan datang, mereka akan dalam masalah sangat besar, dan jujur saya cakap, sekarang ini pun mereka dah teruk.”

“Bayern mahukan Lewandowski sedangkan mereka ada hutang EUR1.3 billion dalam enam bulan. Barcelona sebenarnya dah pokai. Kalau kat Jerman dah lama dan mereka diiktiraf muflis.”

Kemudian Hoeness mendedahkan bahawa David Alaba pernah memberitahunya bahawa dia sentiasa berimpian untuk pergi ke Barcelona suatu hari nanti. Hoeness menembak pemain itu: “Kamu nak berunding dengan presiden kelab atau pegawai insolvensi?”

Lewandowski telah menjadi subjek spekulasi perpindahan yang tegang antara Bayern dan Barca. Pemain itu sudah mendesak kelab menjualnya ke Barcelona.

Lewandowski, 33, telah menikmati lapan musim prolifik dan sarat dengan trofi ketika di Bayern sejak berpindah dari Borussia Dortmund.

Dia menjaringkan 344 gol dalam 375 penampilan untuk kelab itu, memenangi lapan gelaran Bundesliga dan Liga Juara-Juara yang diidamkan pada 2020, antara trofi lain.

Tetapi nampaknya masanya di Jerman akan berakhir, dengan bintang yang tidak berpuas hati itu mencari pertukaran ke liga Sepanyol menjelang musim baharu.

Barcelona baru baru ini menerima suntikan dana sekitar €200 juta hasil penjualan hak penyiaran. Namun mereka masih berada dalam beban hutang yang tinggi. Masih berusaha untuk menyelaraskan kewangan mereka termasuk gaji pemain untuk membolehkan mereka mendaftarkan Franck Kessie dan Andreas Cristensen secara rasmi.

Baca yang lain