Bayern Tak Puas Hati Aksi Davies Terutama Sekali Ketika Lawan Arsenal

Bayern Munich jelas tidak gembira dengan prestasi semasa Alphonso Davies termasuk ketika menentang Arsenal.

Menurut pengurusan tertinggi Bayern pemain itu telah lama berada di bawah tahap permainan sebenarnya.

Mereka mahu tahu apa sebenarnya yang membawa kepada masalah tersebut?

Kontrak semasa Alphonso Davies akan berakhir pada 2025. Bayern sudah memberitahu pemain itu bahawa mereka tidak mahu melihat dia pergi secara percuma.

Pemain itu sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid. Di mana Perez sedia mendapatkannya secara percuma selepas kontraknya tamat. Ianya mirip kepada strategi mendapatkan David Alaba sebelum ini.

Mungkin isu kontrak sedikit mengganggu sedikit fokus pemain itu ketika di atas padang.

Lalu pengurusan Bayern merasakan prestasi semasa Davies tidak akan menjadi alasan kelab itu tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Bayern masih berminat untuk melihat pemain itu terus kekal di Bayern lebih lama.

Pengarah sukan kelab, Max Eberl berkata: “Prestasi semasa dia sekarang tidak seharusnya mempengaruhi masa depannya di Bayern.

“Saya tidak boleh kata yang kemerosotan prestasinya dalam beberapa minggu ini, jelas tidak cukup bagus, akan mempengaruhinya [tawaran kontrak].”

Davies bermasalah ketika mengawal Bukayo Saka. Dan dia turut digantung untuk aksi timbal balik di Allianz Arena.

Eberl berkata: “Phonzy ada masalah mengawal Saka pada awalnya. Dan pertahanan lain pun ada masalah yang sama. Pada separuh masa kedua Phonzy lebih stabil gaya permainannya.”

Davies dikenali sebagai bek sisi yang pantas. Namanya meningkat naik ketika dibangunkan di Bayern Munich. Dia berkembang menjadi pemain elit dan salah seorang bek sisi terbaik di dunia pada eranya.

 

Baca yang lain