Bayern Tolak Bidaan Terlalu Rendah Man United Untuk Beli De Ligt Dan Mazraoui

Manchester United menghantar bidaan untuk mendapatkan 2 pemain Bayern Munich serentak iaitu De Ligt dan Noussair Mazraoui.

Minggu ini Man United memfokuskan untuk mendapatkan Mazraoui setelah bidaan ke atas De Ligt ditolak minggu lalu. Di mana BILD melaporkan bidaan itu adalah bernilai £50 juta, sedangkan Bayern meminta £50 juta untuk De Ligt.

Man United kemudian mengalihkan perhatian mereka mahu mendapatkan Noussair Mazraoui dari Bayern dengan meletakkan De Ligt pada senarai ‘kemudian’ – dengan Ten Hag masih mahukan pertahanan antarabangsa Belanda itu.

Tetapi kecederaan Leny Yoro membuatkan United mahukan dua pemain itu ditandatangani secara serentak. Mereka menghantar bidaan untuk kedua dua pemain itu.

Dengan kontrak 5+1 tahun untuk kedua dua pemain tersebut. Tetapi David Ornstein melaporkan bahawa Bayern Munich tidak berpuas hati dengan nilai bidaan yang ditawarkan kerana terlalu rendah.

Man United sebenarnya sudah mencapai kesepakatan dengan Mazraoui dan De Ligt dari segi terma peribadi. Mazraoui yang sebelum ini dikaitkan dengan West Ham, dengan mudah memilih United apabila Red Devils menyatakan minat mereka kepada pemain itu.

Sementara untuk De Ligt, kesepakatan peribadi antara pemain dan Man United sudah dicapai sejak akhir Jun lagi. Dengan kesepakatan itu masih lagi ‘valid’, hanya menunggu kedua dua kelab mencapai kesepakatan harga pada perpindahan pemain.

Sejak tiba di Man United pada 2022, Erik Ten Hag sudah berbelanja sekitar £500 juta untuk membeli pemain seperti Lisandro Martinez, Rasmus Hojlund, Andre Onana, Leny Yoro, dan Zirkzee.

Man United mahu menyelesaikan urusan pembelian mereka dahulu sebelum memfokuskan kepada penjualan beberapa pemain untuk mengimbangi akaun mereka.

Misi utama Erik Ten Hag adalah mengembalikan semula Man United menjadi juara England dan UCL sekali lagi selepas ini. Kehadiran Sir Jim Ratcliffe benar benar membantu Ten Hag dalam pembelian pemain.