Manchester United masih memburu tandatangan Matthijs De Ligt walaupun mereka sudah mendapatkan Lenny Yoro pada jendela perpindahan kali ini.
Erik Ten Hag berterus terang menyatakan bahawa dia akan mengalu alukan kedatangan De Ligt ke United. Kedua dua mereka pernah bekerjasama ketika dia Ajax beberapa tahun lalu.
Ten Hag menegaskan bahawa dia sebenarnya tidak banyak terlibat dalam meletakkan sasaran pemain kerana dia percaya dengan kepakaran yang ada pada pemantau bakat dan pegawai rekrut yang dilantik oleh INEOS.
“Ia masih perlu untuk kita tengok sama ada De Ligt akan datang,” Ten Hag memberitahu AD Sportwereld.
“Saya mengenali Matthijs dengan baik dan saya tidak akan menafikannya. Saya mahu menandatanganinya dua tahun lalu tetapi pada masa itu dia sudah sangat hampir untuk menyertai Bayern Munich tetapi percaya atau tidak, namanya tidak datang daripada saya dalam proses [di United].
“Ianya daripada pegawai kami yang luar biasa,” tuntas Ten Hag.
De Ligt disenarai jual oleh Bayern Munich dan pemain itu sebelum ini sudah memberitahu ejennya bahawa dia hanya mahu menyertai Manchester United untuk jendela perpindahan kali ini.
Dilaporkan bahawa Man United dan De Ligt sudah mencapai kesepakatan dari segi terma peribadi. Kini kedua dua kelab dalam proses menetapkan harga.
BILD melaporkan bahawa Man United sudah menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan De Ligt. United melancarkan bidaan €35 juta untuk membeli pemain antarabangsa Belanda itu.
Namun Bayern menolak bidaan itu Kerana dianggap terlalu kecil atau rendah. Kelab Bavaria itu kemudian meminta €50 juta harga tetap untuk De Ligt. Seterusnya Bayern juga mahukan bonus ditambah pada harga tesebut.
Bayern mahu memaksimumkan hasil penjualan pemain mereka untuk mengumpul semula dana selepas mereka mendapatkan pemain seperti Olise dalam jendela perpindahan kali ini.
Bayern sudah memberitahu United bahawa itu adalah harga yang mereka letakkan untuk pemain itu. Di mana United boleh membida harga setara atau hampir dengan tanda harga yang mereka letakkan.