Syarikat penyiaran awam Britain, BBC telah dikecam kerana mengejek Cristiano Ronaldo dengan ayat troll.
Ketika Ronaldo menangisi kegagalannya dalam sepakan penalti pada masa tambahan yang diselamatkan penjaga gol Slovenia, Jan Oblak, BBC boleh pula meletakkan kapsten Misstiano Penaldo di layar tv.
BBC putting "Misstiano Penaldo" as the graphic on his pen is EVIL work 😭 pic.twitter.com/efso4W36WL
— Joe Gilmore (@Gilology) July 1, 2024
Penaldo merupakan ayat troll yang kerap digunakan haters CR7 ke atasnya. Dan tidak sangka BBC menggunakan ayat itu dan menambah perisa di depannya.
Bekas kapten Chelsea, John Terry melabel BBC sebagai memalukan. Kerana BBC adalah syarikat penyiaran rasmi bukannya page media sosial atau media tabloid.
Dia berkata: “BBC, ini benar benar memalukan.”
Seorang netizen menyatakan dia terpaksa mencari kesahihan perkara itu ketika pertama kali melihat seseorang berkongsi gambar daripada siaran langsung bertulis Misstiano Penaldo.
Salah seorang lagi peminat bola sepak melabel BBC sebagai melakukan kerja iblis pada malam itu,
Bekas hos BBC, Dan Walker menyatakan bahawa ianya “perfect penalty punnery”, dan merasakan bahawa pegawai tersebut sudah menunggu lama untuk mempamerkan ‘karya’nya kepada umu,/
Yang lain pula menyatakan: “Nampaknya malam ini ada orang yang akan kehilangan kerjanya.”
Sementara pengguna akaun City Chief berkata: “Ada peminat BBC dekat BBC”
There is a Messi fan at BBC 😂
“Misstiano Penaldo” pic.twitter.com/0hL80d6W92
— City Chief (@City_Chief) July 2, 2024
Selepas gagal menyempurnakan penalti pada masa tambahan itu, Ronaldo menjadi pemain pertama mengambil sepakan penalti pada penentuan penalti.
Dia selalunya memilih menjadi pengambil kelima. Dia berkata, dia meminta untuk menjadi yang pertama kerana mahu menebus kesalahannya.
Ronaldo berkata: “Selepas gagal dalam penalti itu, saya mahu jadi yang pertama mengambilnya. Saya perlu bertanggungjawab. Saya tidak takut. Saya sudah melakukan perkara seperti ini sepanjang hidup saya.”
Portugal menang 3-0 dalam penentuan penalti. Ronaldo, Bernardo Silva dan Bruno Fernandes berjaya mencetak gol sementara Diogo Costa menggila menyelamatkan kesemua 3 penalti awal Slovenia.
Portugal akan berdepan dengan Perancis pada aksi suku akhir. Ronaldo turut mengesahkan bahawa ini adalah pertandingan Euro terakhir yang dia akan sertai.
Dia mahu memberikan yang terbaik untuk negaranya.
“Saya sentiasa memberikan yang terbaik dalam jersi ini. Dah tentunya ini euro terakhir saya,” tegas Ronaldo.