BBC Sport Menganjing Liga Malaysia Perlukan VAR, Dan Mereka Kena Sindir Balik

Liga Super Malaysia menjadi perhatian media antarabangsa sebesar BBC. Di mana admin media sosial mereka telah memuat naik video insiden penalti melibatkan JDT.

Dalam video tersebut, Arif Aiman telah dijatuhkan di dalam kotak penalti. Ada banyak perdebatan tentang penalti itu diberikan.

Ada yang beranggapan bahawa ianya adalah dive. Ada juga berkata, ada kontak tetapi terlalu soft untuk penalti.

Tetapi satu lagi pandangan berkata, soft penalty tetap soft penalty.

Oleh itu, bagi meleraikan perdebatan tersebut, BBC ada caranya. Di mana laman sukan BBC Sports dengan nada sinis menyatakan bahawa insiden tersebut tidak sepatutnya penalti. Dan beranggapan bahaw Liga Super Malaysia perlukan VAR

Kapsyen BBC Sport bertulis: “Bagaimana penalti boleh diberikan di situ?”

“Nampak gayanya, Liga Super Malaysia boleh pakai VAR.”

Sikap menganjing BBC Sports ini juga mendapat sindiran balik daripada peminat bola sepak EPL.

Mereka menganggap BBC Sports seolah olah terlalu yakin EPL tak melakukan perkara yang sama dalam pengadilan di atas padang.

Walaupun dengan adanya VAR, EPL masih dianggap sebagai liga yang melakukan banyak kelemahan dalam pengadilan mereka. Adakah VAR benar benar solusi?

Ada peminat menegaskan bahawa, jika insiden itu berlaku di EPL sekalipun, VAR akan membuat keputusan yang sama memberikan penalti.

Abamu berkata: “Ya saya nampak macamana VAR membantu selepas melihat beberapa perlawanan EPL.”

Abamu jelas sekali menyindir bagaimana EPL sendiri masih melakukan pengadilan kontroversi dengan bantuan VAR.

Seorang lagi peminat, Kyle Goodswen berkata: “Berlagak kononnya gol Newcastle dan West Ham yang dibatalkan seolah olah tidak 100 kali lebih teruk daripada itu, dan kita ada VAR.”

Insiden melibatkan Newcastle dan West Ham sangat kontroversi dan PGMOL sendiri sudah mengakui bahawa VAR membuat kesilapan.

Beberapa komen lagi mencadangkan bahawa MSL boleh je ambik VAR yang digunakan oleh EPL sebab ianya merosakkan bola sepak di sana.

Baca yang lain