Beberapa Jam Lepas Uli Hoeness Sembang Melangit, Bayern Dibelasah 5-0 Oleh Gladbach

Uli Hoeness dikenali dengan sikapnya yang kadang kadang berlagak dan suka mengagung agungkan Bayern.

Sebelum sepak mula Piala DFB Pokal, Uli Hoeness menyatakan bahawa Bayern kini sedang bermain bola sepak impian di bawah kendalian Julian Nagelsmann.

Buktinya, Bayern sangat cemerlang dalam liga serta kempen UCL dengan rekod 9 kemenangan daripada 10 perlawanan di bawah kendalian Nagelsmann pada musim pertamanya musim ini.

Ianya rekod terbaik dicatatkan pengurus Bayern dalam 10 perlawanan pertama.

Bekas presiden Bayern, Uli Hoeness bangga dan puas dengan prestasi Bayern. Di mana dia menyatakan bahawa, menyaksikan Bayern ibarat melihat filem Hollywood.

Di mana Bayern menewaskan Bayer Leverkusen 5-1, menewaskan Benfica 4-0, seterusnya kemenangan 4-0 ke atas Hoffenheim dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Walaupun Nagelsmann diarahkan kuarantin, Bayern tetap mencatatkan skor besar dalam beberapa perlawanan.

Dalam pusingan pertama DFB Pokal, Bayern membelasah Bremer SV 12-0, turut membelasah Hertha Berlin 5-0, Barcelona 3-0, membelasah VfL Bochum 7-0 — antara rekod mereka lebih awal.

Hoeness berkata: “Cara Bayern bermain bola sepak ni ibarat satu mimpi. Kamu duduk di sana dan memikirkan, biar betul apa yang aku lihat ini.”

“Ianya bola sepak cantik yang cukup indah, dan hanya dalam mimpi kamu dapat melihat pasukan beraksi seperti itu.”

“Bayern sentiasa menyerang dan menjaringkan gol. Seperti melihat konsert Elton John.”

“Dan apa yang paling saya suka, mereka selalu skor sehingga minit akhir. Itulah sebabnya peminat juga sukakan Elton John, kerana dia bukan menghiburkan audien dengan 10 lagu pertama, tetapi dengan kesemua lagunya sehingga ke akhir konsert.”

Bertukar mimpi ngeri

Pujian melangit Hoeness itu berubah menjadi mimpi ngeri. Apabila Bayern Munich dibelasah oleh Borussia Mochengladbach dalam aksi DFB Pokal pusingan kedua dengan skor 0-5.

Bayern menurunkan pasukan terbaiknya. Bintang seperti Manuel Neuer. Niklas Sule, Benjamin Pavard, Joshua Kimmich, Leon Goretzka, Thomas Mueller, Serge Gnabry, dan Robert Lewandowski semuanya ada di atas padang.

Bagaimanapun, Bayern menghadapi kesukaran melayan tentangan Gladbach sejak minit wisel permulaan lagi. Mochengladbach mendahului 1-0 menerusi jaringan Kouadio Kone ketika permainan baru berjalan selama dua minit.

Kone menjaringkan gol tersebut setelah menerima bola daripada Breel Embolo.

Borussia Mochegladbach kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-15 menerusi Remy Bensebaini yang menewaskan Neuer. Lima minit kemudian Bensebaini menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti.

Enam minit selepas rehat Mochengladbach menambah gol keempat selepas kesilapan Dayot Upamecano. Di mana MOTM, Embolo memanipulasi kesilapan lawannya dan menyumbat gol peribadi pertamanya.

Pada minit ke-54, Bayern bolos kali kelima. Embolo menjaringkan gol keduanya. Embolo mencatatkan 2 gol dan 2 assist dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan Borussia Mochengladbach 5 Bayern 0.