Serbia mengancam untuk menarik diri daripada Euro 2024 sekiranya UEFA tidak mengambil tindakan tegas ke atas Croatia dan juga Albania.
Ini selepas penyokong kedua dua pasukan menyanyikan lagu mengutuk Serbia ketika pertemuan di antara mereka semalam. Penyokong sesama rantau Balkan itu menyanyikan chant: “K*ll, k*ll, K*ll si Serb.”
Serbia sudah menghantar aduan rasmi kepada UEFA. Dengan mereka menyertai Euro buat pertama kalinya sebagai negara merdeka Serbia. Mereka kalah perlawanan pembukaan menentang England dalam kumpulan C.
Serbia akan berdepan dengan Slovenia pada aksi seterusnya. Dan mereka mengancam untuk menarik diri atau keluar dari padang [walk off] atas alasan ancaman keselamatan ke atas penyokong mereka.
Setiausaha Agung FA Serbia, Jovan Surbatovic menuntut UEFA untuk menghukum Albania dan Croatia kerana tidak dapat mengawal tingkahlaku penyokong mereka dengan sorakan rasis pada minit ke-59.
Surbatovic berkata: “Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada penyokong kami yang datang menyokong ketika aksi menentang England. Harapkan sokongan sama pada aksi berdepan Slovenia.”
Surbatovic kemudian menganggap perbuatan penyokong Albania dan Croatia semalam sebagai satu skandal memalukan. Ianya rasis.
Dia berkata: “Apa yang berlaku semalam adalah skandal dan kami menuntut tindakan UEFA. Kami malah sedia untuk menarikan diri daripada pertandingan ini jika UEFA berdiam diri.
“Kami yakin mereka akan dihukum kerana UEFA sudah memberikan respon kepada aduan kami dengan menyatakan bahawa mereka akan mengharamkan wartawan dari Albania di bilik media selepas ini.
BREAKING: Serbia demand UEFA to punish Croatia and Albania for hateful chanting during their Euro 2024 clash yesterday, and could consider withdrawing from the tournament if they are not punished 🚨 pic.twitter.com/aBnMgEc8wp
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 20, 2024
“Kami menuntut hukuman lebih berat iaitu menghukum FA negara yang terlibat. Kami tak mahu masuk campur urusan itu, namun jika UEFA tak hukum mereka, maka kami akan keluar.
“Kami pernah dihukum kerana kes terpencil melibatkan peminat kami. Sedangkan penyokong kami rata rata berkelakuan lebih baik. Seorang penyokong kami dihukum kerana rasis namun itu tidak mewakili keseluruhan penyokong kami.”
FA Serbia masih menunggu jawapan daripada UEFA berkenaan dengan perkara itu.
Aksi Serbia dan Slovenia adalah 9 malam ini. Dan adakah benar Serbia akan menarik diri?
Serbia have threatened to quit Euro 2024 if UEFA fails to punish Albania and Croatia for anti-Serb chants made by their fans during their 2-2 draw on Wednesday.
According to the Football Association of Serbia (FSS), both sets of fans chanted "Kill, kill, kill the Serb" in the… pic.twitter.com/0TEb1eRCRJ
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 20, 2024