Beberapa wartawan dan pakar bola sepak terkemuka percaya bahawa pertuduhan ke atas Manchester City berbaur politik dengan mengambil kira masa ia dikeluarkan.
Manchester City telah mempersoalkan masa keputusan dicapai oleh Liga Perdana untuk mendakwa mereka dengan lebih 100 dakwaan pelanggaran peraturan kewangan.
Juara Liga Perdana itu dikenakan beberapa siri pertuduhan oleh Liga Perdana pada pagi Isnin berikutan siasatan selama empat tahun.
Dalam satu kenyataan, Manchester City berkata bahawa mereka “terkejut” dengan keputusan Liga Perdana Inggeris dan kelab itu “berharap perkara ini [siasatan] dihentikan untuk selama-lamanya” kerana The Blues adalah “organisasi yang lengkap dengan bukti yang tidak dapat disangkal.”
Pelanggaran tersebut didakwa berlaku dalam tempoh lanjutan dari 2009 hingga 2018 dan berkaitan dengan maklumat kewangan, keuntungan dan kemampanan, imbuhan kepada pemain dan pengurus, kegagalan untuk bekerjasama dan peraturan UEFA.
Manchester City dengan lantang mempersoalkan masa pengumuman perkara itu oleh Liga Perdana.
Koresponden Mike Keegan melaporkan bahawa pegawai di Man City percaya bahawa ia bukanlah tarikh atau masa ‘secara kebetulan’ bahawa pertuduhan sedemikian telah timbul sebelum rancangan Kerajaan UK untuk menerbitkan Kertas Putih (cadangan solusi) berkaitan dengan bola sepak di England.
Kerajaan sedang menyediakan dokumen khas kepada penyelia bola sepak Inggeris iaitu FA dan Premier League berkaitan dengan beberapa langkah baharu dalam mengekang beberapa masalah di dalam bola sepak.
Kertas Putih itu sepatutnya diterbitkan pada hari Selasa tetapi telah ditunda paling awal ke 20 Februari.
Keegan seterusnya menulis bahawa keputusan untuk mengeluarkan lebih 100 pertuduhan terhadap Manchester City mungkin satu kenyataan lantang kepada kerajaan bahawa Liga Perdana boleh mentadbir sendiri bola sepak di negara itu tanpa memerlukan nasihat kerajaan UK.
‘No coincidence’, ‘tactical’, and ‘political manoeuvring’.
Questions are being asked within #ManCity following the #PL’s statement earlier today. 👇https://t.co/dil6wjktFU
— City Xtra (@City_Xtra) February 6, 2023
Wartawan Sky Sports Vinny O’Connor melaporkan bahawa terdapat keraguan di kalangan pegawai Manchester City bahawa pertuduhan berat itu adalah ‘sedikit muslihat politik’ daripada Liga Perdana untuk menunjukkan betapa mereka sebuah organisasi yang sangat tegas dalam mentadbir bola sepak.
James Ducker menulis bahawa kelab itu percaya pengumuman itu adalah ‘taktikal khas’ menjelang penerbitan segera Kertas Putih berkenaa tadbir urus bola sepak.
Jadi, Manchester City dijadikan kambing hitam oleh Premier League.
🚨 There is a feeling around Manchester City that perhaps this is ‘a bit of political manoeuvring’ on the Premier League's side, that they can keep their own house in order.
[via @VinnOConnor]#ManCity #PremierLeague
— Gabriel (@Doozy_45) February 6, 2023