Laporan dari UK menyebut bahawa ada beberapa pemain baharu Chelsea telah menyesal kerana mempersetujui kontrak jangka panjang dengan kelab itu.
Chelsea menggunakan polisi perpindahan dengan kontrak sangat panjang sehinggakan UEFA mahu mengubah peraturan baharu dalam durasi kontrak pemain.
David Fofana memiliki kontrak sehingga 2029. Sementara Benoit Badhiashilele memiliki kontrak sehingga 2030.
Mudryk dan Enzo Fernandez memiliki kontrak selama 8 tahun sehingga 2031.
The Athletic melaporkan, pada awalnya ramai pemain yang teruja dengan kontrak lama kerana dijanjikan mereka akan menjadi bahagian penting dalam projek baharu Chelsea ketika rundingan dibuat.
Namun pada masa ini, beberapa pemain sudah mulai ragu ragu dengan peranan mereka dalam projek kelab itu.
Seterusnya, pemain pemain yang ada turut merasakan bahawa skuad yang terlalu besar membuatkan mereka tidak gembira.
Sources close to senior Chelsea players suggest some are already starting to express regret at having committed to such lengthy contracts. #CFC [@TheAthleticFC] pic.twitter.com/ByLq1cIRHG
— Football Talk (@FootballTalkHQ) April 30, 2023
Di mana pemain pemain bintang ini kadangkala dipecahkan kepada sesi latihan berbeza mengikut kumpulan.
Dengan kontrak yang ada, mereka sukar untuk keluar daripada kelab itu.
Ditambah dengan pemecatan pengurus. Di mana pengurus baharu pastinya akan ada pemain yang mereka inginkan. Mungkin pemain baharu akan dibawa masuk dan ini akan menjejaskan peluang mereka yang sedia ada.
Mereka mulai merasakan janji kelab kepada mereka sebelum ini hanyalah janji manis.
Chelsea sudah berkira kira melepaskan beberapa pemain mereka kerana saiz skuad terlalu besar. Ramai pemain pemain bintang baharu ini tidak pasti sama ada mereka akan pergi secara pinjaman ke kelab lain?
Dilaporkan bahawa, Chelsea menyenaraikan sekitar 7 pemain untuk dijual. Ini termasuk Mason Mount, Kovacic, Aubameyang, Pulisic dan beberapa nama lain lagi.