ESPN melaporkan sebenarnya ada beberapa pemain Man United memang sudah menyampah dengan Jadon Sancho.
Ini kerana pemain itu dianggap berlagak seperti superstar. Walaupun dia menjadi antara penerima gaji tertinggi kelab dan dibeli dengan nilai mencecah £100 juta termasuk bonus, sebenarnya pencapaian pemain itu secara individu di kelab itu masih di bawah par.
Jadon Sancho berdepan dengan masalah untuk mendapatkan semula sokongan rakan sepasukannya di Manchester United serta pengurus Erik ten Hag berikutan reaksi marahnya yang digugurkan kerana kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di tangan Arsenal.
Selain daripada kenyataan yang terlalu terbuka menyindir pengurusnya sebagai berbohong, masa Sancho mengeluarkan kenyataan itu kurang disenangi rakan rakannya.
Sancho, 23, menyiarkan bantahan terbuka media sosial dengan kata-kata yang agak kontroversi mengenai Ten Hag.
Ini kerana Ten Hag menyatakan bahawa Sancho tidak disertakan dalam senarai skuad – walaupun sebagai simpanan – untuk aksi menentang Arsenal kerana pemain itu tidak mencapai standard yang diperlukan dalam latihan.
Ada yang menganggap Sancho mungkin ada masalah disiplin di sesi latihan seperti mana rekod dia sebelum ini bersama Dortmund dan juga Man City.
Namun Ten Hag menafikannya, cuma menegaskan pemain itu tak memuaskan hatinya dari segi kualiti di latihan.
Sancho tegas menyatakan bahawa kenyataan itu menipu kerana menurutnya dia sudah melakukan yang terbaik di pusat latihan. Sambil menambah:
“Pasti ada sebab lain di sebalik perkara ini. Saya seringkali dijadikan kambing hitam sejak dulu lagi,” jelas Sancho.
ESPN mendakwa sumber dalaman mereka menegaskan bahawa ada beberapa pemain sudah cukup menyampah dengan Sancho.
Mereka tidak suka dengan komitmen Sancho dalam latihan dan pada hari perlawanan, serta sikapnya di sekeliling kelab.
Staf kejurulatihan Ten Hag juga dikatakan kurang berpuas hati dengan komitmen pemain itu walaupun Sancho menyatakan bahawa dia sudah melakukan yang terbaik.
Kini Ten Hag sedia untuk bersemuka dengan Sancho untuk membincangkan masa depan pemain itu sebelum perlawanan United menentang Brighton pada 16 September.
Kelab Arab Saudi, Al Ettifaq dikatakan telah mengadakan perbincangan cuba mendapatkan Sancho pada deadline day. Namun gagal.
🚨💣 There is little sympathy for Jadon Sancho inside the Manchester United dressing room, "The players have had enough of him."
Players accept and respect Ten Hag's firm approach because it applies without exceptions to squad members, regardless of their status, and Sancho's… pic.twitter.com/BzBtQul8VF
— Football Talk (@FootballTalkHQ) September 8, 2023
Kemungkinan kelab itu akan kembali semula dengan tawaran mereka pada Januari akan datang. Apa yang pasti Man United sudah meberitahu Ten Hag mereka akan menyokong sebarang keputusan pengurus itu berkaitan dengan masa depan pemain.
Sebelum ini kelab menyatakan sokongan yang sama ketika krisis di antara Cristiano Ronaldo dan Ten Hag.
Kelab sudah menukar polisi mereka. Sebelum ini kelab kerap berpihak kepada pemain. Misalnya dalam kes Pogba dan Mourinho.
Ten Hag masih belum memutuskan sama ada dia mahu terus memberikan peluang kepada Sancho atau menganggap pemain itu sudah ‘tiada’ dalam perancangannya.
Sejak menandatangani kontrak dengan United selama lima tahun pada musim panas 2021, Sancho telah menjaringkan 12 gol dalam 82 penampilan pasukan utama dan mencatatkan enam bantuan gol sahaja.
Pada musim terakhirnya bersama Borussia Dortmund, dia menjaringkan 16 gol dan memberikan 20 bantuan dalam 38 perlawanan dalam semua pertandingan.