Beckham Anggap Treble Man United Lebih Power Kerana Bertunjangkan Anak Jati

David Beckham berpendapat, jika Man City memenangi treble musim ini, ianya tetap tidak sama nilainya dengan treble dimenangi Man United.

Pandangan itu berbeza sekali dengan Wayne Rooney sebelum ini yang menegaskan, jika Man City memenangi treble, nilai treble itu akan lebih berharga daripada yang dicapai Manchester United pada musim 1998/99.

Kini Man City benar benar dalam landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian Man United pada 24 tahun yang lalu jika mereka menewaskan Inter Milan pada aksi final di Istanbul.

Beckham berkata, treble milik Man United pada satu masa dulu akan tetap paling diingati kerana ianya dicapai dengan ramai anak jati ataupun pemain homegrown.

Beckham antara salah seorang legenda yang hadir di Wembley pada Sabtu. Melihat bekas kelabnya dikecewakan Man City.

Man United berusaha menghalang Man City daripada mencapai treble sekaligus mengganggu legasi Man United dalam pentas Eropah.

City sudah berada di atas Man United dalam sedekad terakhir ini. Berada di atas Man United pada akhir carta liga. Serta mencapai lebih banyak kejayaan trofi.

Beckham tidak selesa dengan ada pihak yang cuba melabel treble milik Man City [jika berjaya] akan membuatkannya lebih bagus berbanding Man United.

Beckham berkata: “Kita semua tak sama pendapat tentangnya. Saya memberitahu Noel [Gallagher] sebelum ini, walaupun kamu gaiss memenangi trofi UCL serta mencapai treble, jelas sekali ianya perkara istimewa dicapai oleh sesuatu kelab.”

Beckham menjelaskan bahawa City tetap tak akan mampu berbuat apa apa dengan sejarah Man United sebagai pasukan pertama melakukannya.

“Namun hakikatnya hanya ada 1 sahaja kelab pertama yang mencapainya. Dan kelab itu kelab kami [Man United].”

“Jadi, dengan segala kejujuran yang ada, sebagai penyokong Man United, jika pemain pemain City ini menjulang treble, perasaan menjulang kesemua 3 piala dan mencipta sejarah itu adalah luar biasa.”

Beckham kemudian membangkitkan konsep anak jati atau homegrown players kelahiran Man United sendiri.

Beckham menyindir Man City hari ini berjaya kerana ramai pemain luar berbanding Man United, yang bertunjangkan class of 92 yang merupakan pemain anak jati Man United.

Manchester United youth team coach Eric Harrison is awarded a bottle of champagne and and special trophy by Premier League sponspors Carling for his outstanding work. He has guided his teenage prodigies to three FA Youth Cup Finals in four seasons, including twice as winners. Seven of the players who manager Alex Ferguson has been able to call upon for the first team stand beside him left to right: Ryan Giggs, Nicky Butt, David Beckham, Gary Neville, brother Phil Neville, Paul Scholes and Terry Cooke. Circa 1992. (Photo by Staff/Mirrorpix/Getty Images)

“Dulu kami di Man United menggunakan pemain anak jati kami sendiri, pemain yang tinggal dan ‘berdarahkan’ Man United, bermula dari bawah dan kemudian menjulang treble. Ia juga adalah pasukan pertama melakukannya. Itu rekod yang tak akan dilakukan mana mana pasukan lagi.”

“Cuma nak cakap, momen menjulang ketiga tiga trofi sebagai juara treble, adalah momen yang mana mana pemain mahu merasainya. Namun cuma ada satu je pemenang treble yang pertama.”

Komen Beckham tentang anak jati Manchester United telah mendapat perhatian peminat Man City. Kerana menurut mereka Beckham sendiri bukan anak jati Manchester. Dia lahir di London.

Peminat Man United mempertahankan komen Beckham. Kerana konsep anak jati menurut konteks Beckham,bukan sahaja pemain yang lahir asal dari Manchester, namun ianya merujuk kepada pemain berdarah British serta mereka yang dibangunkan dari akademi kelab.

Baca yang lain