David Beckham sudah memberikan bayangan bahawa beliau sedia menggabungkan semula MSN di Inter Miami.
Sebelum ini laki Victoria itu sudah memujuk Lionel Messi dan Luis Suarez untuk datang ke Inter Miami.
Messi pernah mengakui, Beckham adalah punca dia tertarik datang ke Inter Miami. Kerana cara Beckham bercakap membuatkan dia terpikat dengan projek di Amerika Syarikat itu.
Musim berikutnya, Beckham membawa masuk Luis Suarez bersama sama dengan Sergio Busquets dan Jordi Alba. Kesemuanya alumni Barcelona.
Kini Beckham membayangkan bahawa dia sedia membawa masuk Neymar.
Pemain itu kini bersama Al Hilal di Arab Saudi. Kontrak semasa Neymar akan berakhir tahun hadapan.
Musim pertamanya di Arab Saudi, Neymar kebanyakannya berada di bilik pemulihan kerana kecederaan.
Namun pemain itu menyatakan dia komited untuk bermain di Al Hilal bagi musim akan datang.
Neymar dibeli Al Hilal dari PSG dengan nilai €90 juta, menjadikan dia perpindahan termahal kelab Asia dan sudah tentunya Arab Saudi.
Gaji Neymar boleh buat orang kampung Youssi Benayoun geleng kepala. Kerana sangat tinggi. Dikatakan boleh mencecah €150-€200 juta semusim termasuk bonus dan sebagainya.
Beckham menerusi Facebook menulis: “Selamat datang ke Miami sahabatku (hanya untuk makan malam ler, emoji gelak keluar air mata).”
\
Sebelum ini Beckham pernah meluangkan masa bersama Messi dan mengambil kesempatan untuk membentangkan projek di Inter Miami.
Mungkin dia boleh melakukan perkara yang sama kepada Neymar.
MSN menjadi salah satu trio terbaik sepanjang zaman. Neymar dan Messi sebelum ini pernah juga bermain di PSG. Namun ketika itu Neymar banyak dilanda kecederaan.