Beckham Dan Messi Dicemuh Peminat Hong Kong Yang Mahukan Refund!

David Beckham dan Lionel Messi menimbulkan kemarahan penyokong di Hong Kong.

Ini selepas pemain itu hanya memanaskan bangku simpanan dalam aksi tersebut.

Ramai peminat Hong Kong meminta wang mereka dikembalikan. Kerana mereka datang bukannya peminat Inter Miami, mereka datang kerana mereka adalah peminat Messi.

Peminat mendakwa mereka kena scam. Kerana dalam promosi jelajah Inter Miami, mereka dijanjikan aksi Lionel Messi.

Namun pemain Argentina itu dilaporkan kurang cergas. Dia sebelum ini hanya masuk beberapa minit sebelum perlawanan tamat dalam aksi Piala Musim Riyadh menentang Al Nassr.

Inter Miami menang 4-1 menentang pilihan Hong Kong.

Namun ramai peminat sangat marah kerana sudah membeli tiket yang mahal.

David Beckham cuba menenangkan para penyokong namun dengan dia dia sekali diejek dengan sorakan boo oleh peminat.

Pengurus Inter Miami Gerardo turut tampil meminta maaf kerana menurutnya memang tiada peluang langsung untuk Messi bermain hari ini. Begitu juga dengan Luis Suarez.

Tata Martino berkata: “Kami berterima kasih dengan peminat kami di Hong Kong yang melayan kami sangat baik dan rakyat Hong Kong menerima kami dengan tangan terbuka.

“Kami menikmati hari ini di dalam stadium, namun kami juga dimaklumkan bahawa begitu ramai yang marah kerana ketiadaan Luis Suarez dan Leo Messi.

“Keputusan ini terpaksa dibuat oleh petugas perubatan kami, mereka sudah memeriksa keadaan fizikal pemain kami.

“Dan jika kami memaksa mereka bermain hari ini, ianya boleh merisikokan fizikal mereka lebih teruk.

“Kami faham peminat marah dan kami meminta maaf. Kami pun berharap akan dapat memasukkan mereka hanya beberapa minit untuk bermain. Namun kami difahamkan bahawa risiko ini terlalu besar.”

Peminat benar benar tidak dapat menerima sebarang alasan yang diberikan. Kerana menurut mereka tiket yang mereka beli dan bayar adalah kerana Messi.

Jika mereka datang semata mata kerana Inter Miami, mereka tidak kisah.

Penyokong terus bersorak ‘refund’ tanpa henti dalam bahasa Cina.

Lionel Messi adalah pemain yang dianggap GOAT dalam bola sepak, ataupu jika anda tidak bersetuju dia tetap dianggap antara yang terbaik sepanjang zaman.

Sebelum ini Al Nassr membatalkan aksi dengan dua kelab China selepas CR7 cedera dan tak dapat bermain. Peminat benar benar kecewa dan marah. Mereka turut menyerang perkarangan hotel Al Nassr.

Ronaldo sendiri tampil meminta maaf dan menyatakan bahawa dia difahamkan bahawa kelabnya Al Nassr sebenarnya menangguhkan aksi itu ke tarikh baharu.

Peminat boleh menuntut semula wang mereka.

Ronaldo dan Al Nassr kembali ke Arab Saudi untuk aksi Piala Musim Riyadh yang awalnya dijangka akan menjadi aksi terakhir Messi v Ronaldo.

Malangnya, Messi di bangku simpanan kerana kurang cergas dan Ronaldo di tempat duduk penyokong kerana cedera.

Beberapa musim lalu, sekumpulan peminat fanatik Ronaldo di Korea Selatan mahu menyaman Juventus kerana mereka sudah membeli tiket yang mahal untuk melihat Ronaldo.

Namun Juventus tidak dapat menurunkan Ronaldo masa itu kerana kecederaan.

Peminat di Korea berhujah mereka sudah berhabis wang malah ada yang bergolok bergadai datang dari jauh, menempah hotel dan sebagainya.

Maurizio Sarri yang merupakan pengurus Juventus masa itu menyatakan bahawa dia tidak boleh menurunkan Ronaldo hanya kerana desakan peminat sedangkan pemain itu tidak cergas.

Sambil mengkritik sikap peminat yang terlalu fanatik ini boleh menjejaskan makna sebenar pra musim.

Sarri kemudian berkata kepada seorang wartawan yang marah dengan ketiadaan Ronaldo hari itu: “Jika kamu nak sangat tengok Ronaldo, datang ke Itali, nanti saya belanja kamu tiket.”

Baca yang lain