Beckham Dedahkan Cara Kerja Messi

David Beckham menceritakan kekagumannya ke atas Lionel Messi. Pemain yang menerima gaji paling mahal di MLS. Namun etika kerjanya tetap sama dan tidak pernah sesekali berlagak diva.

Dalam sesi wawancara dengan Rio Ferdinand baru baru ini, Beckham berkongsi bagaimana Messi berlatih di kelab itu.

Menurutnya, Messi akan datang seawal 6.50 pagi untuk hari latihan yang akan bermula 10 pagi. Dan dia akan membuat sesi pemanasan dan latihan tambahannya sendiri sebelum memulakan sesi latihan rasmi pasukan.

Jadi tidak hairanlah Messi memiliki jangka hayat karier yang panjang menurut bekas kapten England itu.

“Saya ada dengar orang cakap tentang bagaimana Cristiano [Ronaldo] bekerja dan jenis pemain yang macamana dia. Elemen yang membantu mereka untuk mencapai matlamat mereka dan kekal berada di puncak untuk bertahun tahun lamanya.

“Namun dengan melihat Lionel Messi, dia juga menggunakan cara seperti ini. Saya akan jelaskan kepada kamu.

“Dia tiba pada hari latihan pertamanya di Inter Miami pada 6.50 pagi. Ketika dia tiba, tak ada seorang pun berada di padang latihan masa itu. Sebab latihan bermula 10 pagi.

“Dia melakukan semua perkara yang kamu harap pemain pemain muda akan buat. Melihat dia terus melakukan perkara yang sama sehingga ke hari ini, walaupun dia mencapai segalanya di dalam kariernya adalah sesuatu yang mengagumkan.

David Beckham kemudian menegaskan bahawa Lionel Messi adalah seorang pemenang sebenar. Walaupun sudah menang banyak trofi dan penghargaan, dia masih dahagakan kejayaan dan piala.

“Dia masih akan berasa sedih kalau keputusan tidak memihak kepada kami, dan ketika dia kalah, atau ketika dia tidak boleh bermain kerana kecederaan. Dia masih berada di sana bersama kami, setiap hari dan setiap kali perlawanan [walaupun dia tak dapat bermain sekalipun]. Sangat hebat melihat pemain seperti ini.