Beckham: Pemain, Usahawan Dan Pemilik Kelab Yang Menjadikan Inter Miami Bernilai $650 Juta

David Beckham merupakan pemain bola sepak paling popular di dunia ketika eranya. Sehingga kini masih menjadi antara tokoh paling dikenali di seluruh dunia.

Selain daripada bermain bola sepak dia juga seorang selebriti. Memiliki rupa yang kacak dan pernah menjadi kapten England.

Dia juga sangat sinonim dengan Manchester United. Memenangi 6 kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Red Devils. Dia kemudian bermain untuk Real Madrid dan PSG dengan berjaya memenangi 1 La Liga dan 1 Ligue 1. Itu antara kejayaannya.

Bukan itu sahaja, Beckham juga merupakan seorang yang sangat bijak mengurus tadbir kewangannya. Sehinggakan dia kini dalam proses untuk menjadi billionaire.

David Beckham berjaya meraih $800 juta dalam pendapatan kerjayanya sebagai pemain bola sepak kletika bersama Man United, Real Madrid, LA Galaxy dan PSG.

Beckham ialah atlet ke-12 dengan bayaran tertinggi sepanjang zaman pada ketika ini. Sudah tentunya dia merupaka kuasa komersial. Dia menjana secara purata $42M setiap tahun daripada tajaan peribadinya termasuk:

• Pepsi
• Tudor
• Adidas
• Jaguar
• Maserati
• Samsung
• Sainsbury’s
• Kent & Curwen
• Emporio Armani

Beckham turut melaburkan wangnya di beberapa entiti perniagaan lain termasuk 4.95% pegangan saham dalam syarikat Cellular Goods – syarikat berasaskan bahan ganja – yang berpangkalan di UK, yang kemudiannya diumumkan melalui IPO pada 2021.

Pelaburan ini akan terus meningkat kerana pasaran ganja yang sah kini semaki meningkat di seluruh dunia, dan dijangka mencecah $25B menjelang 2025.

Beckham juga pemegang saham keempat terbesar dalam syarikat Esports. Selain memiliki ekuiti, dia juga dibayar $5J juta setahun untuk menjadi wajah jenama itu.

Dan sekarang kita bercerita tentang, pelaburannya dalam bidang yang menjadi ‘kehidupannya’ iaitu bola sepak.

Segalanya bermula pada tahun 2007,  apabila Beckham membuat langkah yang luar biasa,  dengan meninggalkan Real Madrid untuk bermain di Amerika Syarikat.

Kenapa?

Matlamatnya adalah untuk “membuat perubahan” dan memperbaiki bola sepak di Amerika Syarikat. Harus diingat bahawa francais MLS baru berusia 10 tahun pada masa itu. Dan Beckham adalah superstar global. Jadi, perpindahannya ke Liga Amerika Syarikat itu adalah langkah yang tidak masuk akal bagi kebanyakan orang.

Beckham menandatangani kontrak dengan LA Galaxy. Gaji asasnya ialah $6.5 juta setahun. Tetapi dalam syarat kontraknya, Beckham juga akan mendapat pulangan besar daripada hak imej kelab dan hak imej peribadinya di sana. Beckham juga memperoleh peratusan daripada pendapatan tahunan Galaxy.

Ini menjadikan dia menerima hampir $50 juta setahun. Ternyata Beckham berjaya menaikkan populariti francais tersebut. Dan menarik lebih ramai bintang datang ke sana. Ianya memberikan manfaat kepada Beckham pada masa akan datang ketika dia mengimpikan untuk memiliki sebuah kelab di sana.

Bahagian yang terbaik dalam kisah bagaimana Beckham meningkatkan pendapatannya adalah kejayaannya memiliki Inter Miami.

Ramai pemain selepas bersara mereka hanya menikmati wang persaraan mereka dan tidak mendapat pendapatan yang tinggi seperti mana ketika mereka bermain. Itu tak berlaku dalam seorang lelaki bernama Beckham. Dia seorang yang rajin dan terus menjana wang siang dan malam.

Selepas bersara 2013, setahun kemudian dia telah membeli sebuah kelab di MLS iaitu Inter Miami. Beckham membelanjakan  $25 juta untuk memiliki kelab itu.

Tetapi selama 4 tahun selepas pemilikan itu, Inter Miami hanyalah nama sahaja. Kerana Beckham mengambil masa untuk menyusun atur kelab tersebut dari segenap segi. Dia pergi terbang ke seluruh dunia, mendapatkan pandangan daripada bekas jurulatih, bekas majikannya dan rakan rakannya yang arif tentang perniagaan dan bola sepak.

Paling penting dia mencari penaja dan juga juga pelabur untuk kelabnya itu.

Kenapa dia memilih Miami? Salah satu daripada sebabnya adalah potensi sukan bola sepak di bandar Miami. Namun untuk memasuki francais MLS, Beckham harus menunggu.

Pada 2018, Inter Miami akhirnya rasmi menjadi kelab bola sepak yang sebenar. Pada 2020, mereka diterima masuk ke dalam MLS. Itu merupakan langkah yang sangat besar.

Selepas hanya beberapa tahun menyertai MLS, Inter Miami kini bernilai lebih $600 juta. Ternyata Beckham sudah melakukan perkara luar biasa dalam menjadikan Inter Miami daripada sebuah kelab yang hanya ‘asal ada’ sebelum ini menjadi kelab yang memiliki nilai komersial yang sangat tinggi.

Dia melabur lebih $15 juta tahun lalu untuk meningkatkan pegangan pemilikannya.

Kemudian, Beckham dilaporkan berusaha untuk mendapatkan Lionel Messi. Di mana dia menawarkan pemain itu pakej gaji luar biasa sebagai pemain dan opsyen untuk menjadi salah seorang pemilik bersama kelab itu pada masa akan datang.

Hanya dengan bermain dengan spekulasi kedatangan Messi, Beckham telah menarik lebih ramai pelabur dan penaja. Di mana mereka yakin bahawa projek Beckham ini benar benar menguntungkan. Ini ditambah dengan berita bahawa Lionel Messi sebelum ini yang membayangkan bahawa dia berminat untuk menamatkan kariernya di Amerika Syarikat.

Lantas ramai yang beranggapan, itu adalah kerana Beckham!

Apa yang kita pelajari di sini, Beckham bukan sahaja pemain yang berjaya, tetapi seorang usahawan yang sangat berjaya terutama sekali dalam bidang bola sepak.

Siapa tahu, suatu hari  nanti dia akan memiliki sebuah kelab di England atau kelab eropah yang lain?

Manchester United?