BeIN Sports nampaknya membuat kompilasi luar biasa, apabila mereka melampirkan blunderAndre Onana dalam kempen UCL 2023/24 yang dianggap sebagai punca United tersingkir.
Menurut analisis BeIN Andre Onana disimpulkan sebagai bermain dengan sangat teruk pada kempen kali ini setelah menjadi penjaga gol terbaik UCL musim lalu.
Onana menyertai Man United musim ini dengan nilai perpindahan mencecah £65 juta termasuk bonus. Namun sejak bersama dengan Man United dia benar benar bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya.
Man United tersingkir daripada UCL di peringkat kumpulan. Dengan BeIN melabel Andre Onana telah melakukan beberapa kesilapan yang dianggap sangat berisiko tinggi.
Antaranya ketika dia gagal menyelamatkan percubaan Leroy Sane yang dianggap tidak terlalu kuat, tetapi tangannya lemah untuk menepis bola, dalam aksi kekalahan 4-3 Man United di tangan Bayern Munich.
Selain itu dalam aksi berdepan dengan Galatasaray, Onana termuntah bola kepada Wilfried Zaha. Mujur sahaja mereka tidak terus dihukum.
Namun dalam perlawanan yang sama, hantaran yang sangat teruk dilakukan Onana ketika fasa build up dari bawah membuatkan bola dirampas Dries Mertens, memaksa Casemiro melakukan bentesan yang memberikan penalti kepada lawan.
Icardi kemudian gagal menyempurnakan penalti itu namun pemain Argentina itu berjaya memperdaya Onana dengan gol lob untuk menang 3-2.
Kemudian dalam aksi timbal balik menentang Galatsaray, Onana sekali lagi menjadi subjek kritikan.
Dia gagal menyelamatkan sepakan percuma Ziyech yang sepatutnya tiada masalah untuk dia selamatkan. Sekali lagi, dia termuntah bola di depan gawang dan bola masuk.
Gol itu menjadi pemangkin semangat untuk Galatasaray mengejar dan menyamakan kedudukan menjadi 3-3.
Akhirnya dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Man United kalah di tangan Bayern, kehilangan tempat ke play off UEL kepada Galatasaray.
Ini adalah video yang dimuat naik oleh BeIN: