BeIN Bantah Pemilikan Saudi Di Newcastle

Timbul persoalan sama ada Liga Perdana Inggeris akan menghalang pemilikan oleh Putera mahkota Arab Saudi di Newcastle United.

Ini selepas gergasi penyiaran BeIN Sports darip Qatar telah menghantar aduan rasmi kepada Liga Perdana Inggeris agar mereka menghalang pemilikan tersebut.

Newcastle United kini berada di fasa akhir untuk peralihan pemilik daripada Mike Ashley kepada PCP – yang 80% daripada pemilikannya disokong oleh dana berdaulat dari Arab Saudi.

Deposit untuk pemilikan baharu sudah dibayar. Dan bakinya akan dilangsaikan apabila Premier League memberikan lampu hijau.

Prosedur terakhir adalah dengan memeriksa latar belakang pemilik baharu supaya mereka benar-benar bebas daripada sebarang jenayah di United Kingdom dan juga jenayah di luar negara.

BeIN mahu EPL melarang pemilikan itu kerana sebelum ini sebuah syarikat penyiaran di Arab Saudi telah menayangkan Liga Perdana Inggeris secara haram.

Pada 2017 Arab Saudi dengan sekutunya, United Arab Emirates, Bahrain dan Mesir telah menamatkan hubungan diplomatik, perladangan dan pengangkutan dengan Qatar.

Kesannya terdapat satu saluran yang berpangkalan Riyadh – beoutQ – telah menayangkan Liga Perdana Inggeris secara haram footage yang dipercayai dari BeIN Sports.

Mereka menayangkan perlawanan EPL menerusi saluran secara online streaming.

Seterusnya BeIN mengesyaki bila Arab Saudi sengaja menggunakan sukan untuk membersihkan nama mereka di mata dunia.

Mereka menuduh Putera Mohamed Bin Salman ada kaitan dengan jenayah perang dan pencabulan ke atas hak asasi manusia.

Ini selepas Putera Mohamed bin Salman dilaporkan campur tangan dalam perang saudara di Yemen pada Mac 2015.

Tentera Arab Saudi telah didakwa oleh PBB sebagai melakukan jenayah.

Sebelum ini Amnesty sudah Menghantar surat aduan rasmi mereka kepada EPL tentang perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

Namun EPL dilaporkan tidak menerima cadangan itu.

Dan BeIN cuba memberikan tekanan dengan menyatakan bahawa, pemilikan Saudi di Newcastle akan mencemarkan imej EPL.

Namun Premier League perlu mendapatkan suara majoriti daripada rakan kongsinya untuk membuat apa-apa keputusan.

Newcastle dilaporkan bakal dimiliki PCP dengan nilai harga sekitar £300 juta.

Baca yang lain