Oomoros terpaksa menggunakan pemain bukan penjaga gol (outfield player) di gawang. Serta terpaksa menggunaka nombor yang ditampal sementara dalam perlawanan peringkat 16 terakhir AFCON 2021.
Piala Negara-Negara Afrika tahun ini seperti kejohanan sebelum sebelumnya, tidak kurang dengan jalan cerita dan subplot dramatik. Dalam aksi di antara Cameroon dengan Comoros, bek kiri Comoros Chaker Alhadhur telah dipaksa bermain di gawang gol selepas penjaga gol mereka cedera.
Mereka tidak ada penjaga gol simpanan kerana masalah wabak yang melanda. Penjaga gol pilihan utama Salim Ben Boina diketepikan kerana kecederaan.
Manakala penjaga gol kedua dan ketiga, Moyadh Ousseini dan Ali Ahamada diketepikan daripada pertembungan dengan kuarantin selepas dijangkiti wabak.
Oleh itu, Alhadhur telah dipilih untuk mengambil tempat di antara depan gol. Menurut kakitangan staf kejurulatihan mereka, ia adalah keputusan itu sudah lama dirancang sekiranya perkara itu berlaku.
Jurulatih penjaga gol Comoros Jean-Daniel Padovani mendedahkan minggu lalu bahawa pasukan itu telah membuat keputusan mengenai pemain siapakah luar [outfield player] yang akan memikul tanggungjawab penjaga gol.
Padovani berkata dia kagum semasa sesi latihan: “Ia adalah pemain yang dipilih dalam sesi latihan setelah dia menunjukkan bahawa dia boleh bermain sebagai penjaga gol,” katanya kepada media.
Peminat tidak mengetahui siapakah pemain tersebut sehingga kesebelasan utama diumumkan sejam sebelum sepak mula dan Alhadhur disahkan sebagai ‘penjaga pada aksi tersebut.
Walaupun dia menyarung jersi Comoros, Alhadhur yang lahir di Perancis dan telah menghabiskan keseluruhan karier bermainnya di sana dan kini bermain untuk kelab Ligue 2 Ajaccio.
Alhadhur biasanya memakai baju nombor 16 untuk negaranya, tetapi memilih untuk membuat nombor 3 dengan ditampal dengan pita pelekat dan meletakkan nombor itu di atas no.16 yang masih dicetak pada jersinya.
Menjelang fasa akhir kariernya, pemain berusia 30 tahun itu pertama kalinya beraksi untuk Comoros dalam perlawanan persahabatan menentang Burkina Faso pada 2014.
Dia terus mempertahankan tempatnya sebagai pemain tetap pasukan utama selama bertahun-tahun sebelum kecederaan ligamen – ACL – telah membuatkannya disisihkan sepanjang peringkat akhir kempen kelayakan mereka untuk kejohanan tahun ini.
Ahadhur sebenarnya tidak beraksi untuk negaranya dalam mana mana aksi Piala Negara-Negara Afrika tahun ini. Sehinggalah dia diarahkan bertugas menjaga gawang menentang Cameroon.
Sebelum ini dia hanyalah pemain gantian yang tidak digunakan untuk kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan terdahulu menentang Gabon, Maghribi dan Ghana.
Penjaga gol utama mereka Ben Boina mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan negara menentang Ghana.
Ahamada yang merupakan pilihan kedua mengambil alih kedudukan untuk baki perlawanan peringkat kumpulan tetapi dia dan penjaga gol ketiga, Ousseni telah disahkan positif pandemik.
Dalam peraturan bola sepak, sesebuah pasukan itu wajib bermain dengan seorang penjaga gol.
Itulah sebabnya Ahadhur menjadi penjaga gol mereka bersama dengan pemain lain. Lebih teruk, pada minit ke-7, Jimmy Abdou dilayangkan kad merah.
Maka Ahadhur berjuang bersama dengan 9 pemain yang lain. Dia hanya berketinggian 5 kaki 7 inci sahaja. Saiz sangat kecil untuk penjaga gol.
With all three of their goalkeepers unavailable, Comoros play the biggest game in their history with 5’7” left-back Chaker Alhadhur in goal 😳 pic.twitter.com/fJgNqXYwCo
— GOAL (@goal) January 24, 2022
Alhadhur, tidak mengejutkan, gagal mengekalkan clean sheet selepas gagal menafikan percubaan Karl Toko Ekambi pada separuh masa pertama untuk meletakkan tuan rumah 1-0.
Namun aksinya harus dipuji kerana hanya bolos 2 gol sahaja. Mana taknya, dahlah pemain luar menjadi penjaga gol. Main pula 10 vs 11 – lawan pasukan tuan rumah pula tu,
Alhadhur malah melakukan 4 saves dalam perlawanan ini. Dengan satu double saves dibuatnya.
Chaker Alhadhur made 4 saves tonight against Cameroon.
A warrior who stepped up and should be celebrated.#AFCON2021 pic.twitter.com/DTBs9W2EMI
— Owuraku Ampofo (@_owurakuampofo) January 24, 2022
Chaker Alhadhur. That's it. That's the tweet. #TotalEnergiesAFCON2021 | #AFCON2021 | #TeamComoros pic.twitter.com/fw6boP5xm8
— #TotalEnergiesAFCON2021 🏆 (@CAF_Online) January 24, 2022
Ini adalah double saves beliau. Harap video ni tak kena delete semasa korang baca ni:
chaker alhadhur – double save – yerle yeksan – edit https://t.co/SDNAmbxqOQ pic.twitter.com/Yx8ug4o3pB
— Video Tayfa (@TayfayaVideo) January 24, 2022
Paling menarik perhatian ketika momen Alhadhur cuba mengelak daripada handball kerana terlupa sebenarnya dia adalah penjaga gol. Ketika dia tersedar baru dia menurunkan tangannya. Namun akhirnya dia bolos juga.
During the #TeamCameroon vs #TeamComoros game left-back Chaker Alhadhur who played as a goalkeeper, forgot that he is playing as a goalie and he can use his hands 😅
#AFCON2021 pic.twitter.com/dTetwp8t3I
— VBET News (@VBETnews) January 24, 2022
Cameroon menang 2-1 dalam aksi tersebut untuk mara ke suku akhir.