Bekas Awek Antony Mahu Heret Dia Ke Mahkamah Kerana Keganasan Rumah Tangga

Bekas teman wanita Antony iaitu Gabriela Cavallin sudah melantik peguam untuk mewakilinya bagi mendakwa pemain sayap Manchester United itu atas tuduhan keganasa domestik ataupun keganasan rumah tangga.

Gabriella Cavallin sebelum ini menjadi pasangan hidup Antony seperti suami isteri, cuma tak kahwin secara rasmi je la. Biasalah belah belah sana kan.

Dokumen setebal 70 muka surat itu melampirkan kesemua bukti Antony mengasari dan mendera teman wanitanya itu.

Menurut peguamnya, Antony kini perlu tampil menjawab 3 jenis jenayah yang dilakukannya ke atas bekas teman wanitanya itu.

Dia pernah mendakwa Antony pernah membuat ugutan bunuh ke atasnya. Selain itu Antony juga didakwa pernah mengurung dan mengunci Gabriella Cavallin di dalam rumah.

Beberaoa bulan lalu, penerbitan di Brazil mendedahkan bahawa Gabriela Cavallin yang berpacaran dengan Antony pada 2022 telah mengemukakan bukti di mana dia dibelasah oleh Antony sehingga cedera.

Cavallin – seorang DJ – turut meminta polis memberikan perlindungan segera kepadanya dan keluarganya kerana kes ini melibatkan bintang terkemuka. Dia bimbang keselamatannya terancam.

Menurut laporan Globo Esporte di Brazil, Cavallin membuat laporan polis di Sao Paulo. Dia turut menunjukkan beberapa siri mesej ancaman dan ugutan daripada Antony.

Polis kemudian menyiasat kes tersebut untuk mengesahkan kesahihan dakwaan itu.

Antony dan ejennya masih tidak berminat mengulas perkara tersebut. Wanita itu mahu Antony dikenakan tindakan undang undang di atas perbuatannya.

Laporan yang sama menyebut, Antony memukul Cavallin pada 20 May 2022, pada hari Antony bermain untuk Man United ketika menentang Bournemouth.

Jika didapati bersalah Antony mungkin akan berdepan risiko kehilangan kontraknya di Man United.

Antony merupakan pemain yang menyertai Man United dari Ajax atas kehendak Erik Ten Hag. Dia juga merupakan pemain kebangsaan skuad Brazil.

Pada Jun 2022, bekas teman wanitanya telah memberitahu media bahawa dia mengalami keguguran. Namun buat masa ini, tiada lagi sebarang dakwaan menyebut bahawa ianya ada kaitan dengan keganasan rumah tangga dilakukan Antony.

Antony melalui musim yang agak turun naik di Man United pada musim lalu. Prestasinya tidak konsisten. Namun pada fasa akhir musim 2022/23, dia kembali ke prestasi yang baik. Malangnya dia dilanda kecederaan.

Musim ini dia sudah kembali cergas dan terlibat pada aksi pembukaan di Old Trafford.

Kes ini pasti akan menjadi tamparan hebat buat Man United. Kerana kelab ketika ini sedang dalam proses untuk menyerap semula Mason Greenwood ke dalam skuad.

Tindakan itu mendapat bantahan ramai pihak terutama sekali penyokong wanita Man United.

Greenwood telah digantung daripada tugasannya untuk sekian lama walaupun dia sudah dibebaskan daripada kesemua pertuduhan selepas mangsa menarik balik kesemua dakwaan ke atasnya.

Teman wanita Greenwood Harriet Robson malah kembali semula ke pangkuan Greenwood dan sedia menimang cahaya mata dengannya.

Walaupun Greenwood dibebaskan daripada semua pertuduhan namun Man United sebelum ini memutuskan mahu melakukan siasatan dalaman. Kerana bukti video dan audio kes itu sudah tersebar di media sosial.

Terbaru, Man United mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa satu perbincangan sudah diadakan oleh kelab tentang polisi mereka ke atas Greenwood.

Ramai merasakan bahawa Man United sedia untuk menerima semula Greenwood ke dalam pasukan utama.

Bagi pasukan kebangsaan Brazil pula, kes ini pastinya memeningkan mereka. Dua pemain mereka, Lucas Paqueta dan Luis Henrique dilaporkan telah berpakat dalam perjudian untuk melakukan kekasaran pada hari yang sama.

Dan rakan rakan mereka di Brazil dilaporkan telah memaksimumkan pertaruhan bahawa dua pemain itu akan menerima kad kuning pada hari yang sama di atas padang.

Dan itu benar benar berlaku. Dua pemain  itu dikatakan akan digantung sementara oleh pasukan kebangsaan Brazil.

Kini Antony pula terlibat dalam dakwaan keganasan rumah tangga.

Baca yang lain