Bekas isteri Achraf Hakimi memberikan komen tentang perceraian mereka. Di mana Achraf Hakimi tidak membahagikan sebarang harta dan wang untuk dia dan anaknya.
Ini kerana semua wang dan aset Hakimi diletakkan di atas nama ibu Hakimi.
Hiba Abouk yang menuntut cerai daripada Achraf Hakimi pada ketika itu kerana suaminya telah dikaitkan dengan tuduhan jenayah seksual.
Di mana Achraf Hakimi menafikan kesemua dakwaan ke atasnya. Hiba Abouk tetap meminta cerai kerana dia tidak mahu bersuamikan Achraf Hakimi yang sudah pernah dikaitkan dengan jenayah seperti itu.
Hal ini kerana Hiba Abouk menegaskan dia sentiasa memperjuangkan nasib mangsa.
Selepas bercerai wanita itu sangat terkejut kerana semua harta Achraf Hakimi diletakkan di atas nama ibunya. Alasan utama Hakimi adalah, dia boleh mencari isteri yang baharu namun tidak pernah sesekali akan dapat mencari ibu yang baharu.
Hiba Abouk dikatakan cuba menuntut €1 juta daripada perceraian itu. Namun Achraf Hakimi sendiri tidak memiliki aset sebanyak itu.
Ini apabila dia meletakkan 80% sumber pendapatannya di PSG atas nama ibunya. Dan harta yang lain juga atas nama ibunya.
This story doesn't get old
PSG Star Achraf Hakimi’s wife, Hiba Abouk has filed for divorce, demanding more than half of her husband’s property and fortune.
On arriving in court, it was realized that Achraf Hakimi had registered all his property under his mother’s name. pic.twitter.com/iZyV7KzhcU
— Ozor Ndi Ozor (@eemmanuels4) November 19, 2024
Hiba yang sangat hiba berkata: “Saya langsung tidak ada keterikatan kepada perkara-perkara material, kosong!
“Dan saya tidak pernah mahukan wang suami saya selepas perceraian kami. Tetapi saya hanya marah dengan hakikatnya bahawa dia memilih ibunya berbanding perkahwinan kami dan anak-anak.
“Saya ingatkan dia sayangkan saya tetapi saya rasa saya silap. Hakikat bahawa kami mempunyai anak dan suami saya memilih ibunya daripada anak-anak kami membuatkan saya sedar betapa dia sangat tidak berhati perut. Dan sebenarnya saya tidak inginkan hartanya.
“Saya hormati dia jaga ibunya dengan baik dan ianya memang manis seorang anak menjaga ibunya, tetapi apabila memberikan semua asetnya kepada ibunya dan membuatkan saya dan anak anaknya tidak mendapat apa-apa daripadanya, selepas perceraian kami adalah tidak berhati perut.
🚨Achraf Hakimi's ex-partner, Hiba Abouk says:
“It's sweet and respectful of him taking care of his mother but giving all his assets to his mother and making me get nothing from him after our dîvorce is heartless. I was very angry. In life, there are very good moments and also… pic.twitter.com/8TMYUMthe0
— Football Factly (@FootballFactly) September 7, 2024
“Dalam perkahwinan terdapat detik detik yang sangat baik dan juga yang buruk Anda berkahwin atas dasar cinta dan anda bercerai kerana cinta itu tidak cukup berkembang, ianya berubah, dan kadang-kadang kita mengambil haluann masing masing dan mungkin juga pada satu titik di mana anda berhenti mencari diri kamu.
“Saya langsung tidak pernah melihat mana manna lampiran dokumen berkaitan perkara-perkara material yang bekas suami saya sembunyikan daripada saya di belakang, tanpa sokongan keluarga saya.
“Saya bukannya mahu bercerai kerana gilakan wang atau harta bekas suami saya, namun sebab kami sudah tidak ada rasa cinta lagi. Dan saya mahu bahagia,” tegas Hiba Abouk.