Bekas kapten Celta Vigo, Hugo Mallo Will akan hadir ke mahkamah pada Julai ini kerana tuduhan serangan seksual ke atas maskot Espanyol pada 2019.
Kes itu sangat luar biasa, keran pertama kalinya pemain bola sepak didakwa atas kesalahan mencabul kehormatan maskot pasukan lawan ketika kunjungan pasukannya ke markas Espanyol.
Maskot tersebut merupakan seorang wanita. Telah memfailkan saman ke atas Hugo Mallo. Sambil menyatakan bahawa maruahnya telah calar.
Mallo yang kini bermain untuk kelab Brazil, Internacional de Porto Alegre, hadir ke mahkamah di Barcelona pada tahun lalu.
Perbicaraan kes itu ditangguhkan, dengan kes itu kini memasuki tahun kelima sejak kejadian itu berlaku.
Insiden itu berlaku pada April 2019 ketika aksi Celta Vigo menentang Espanyol di Stage Front Stadium.
Di mana satu footage video dikongsikan Marca menunjukkan Mallo memeluk erat maskot tersebut. Penerbitan Marca mendedadahkan bahawa video itu menjadi bahan bukti di mahkamah.
Wanita yang dirujuk sebagai ‘Ana’ mendakwa, Mallo bukan sahaja memeluknya erat namun telah meraba payudaranya.
Sehari selepas kejadian itu, Ana membuat laporan polis di Catalonia.
Kenyataan pendakwaan berbunyi: “Ketika Hugo Mallo tiba pada maskot, dia menghulurkan tangannya kepada maskot [lelaki], namun ketika dia mendekai Miss Ana, yang ketika itu menjadi msaskot, dia telah menyeluk tangannya ke dalam kostum itu dan menyentuh payudaranya.
“Menurut kenyataan mangsa, dia meramas payudara dengan tangannya dan membuat beberapa lagi sentuhan.”
Mangsa kejadian telah membuat kenyataan di mahkamah pada Jun 2019, dengan Mallo tampil memberikan kenyataan pada bulan berikutnya. Mallo meminta kes itu digugurkan kerana tuduhan itu tidak berasas.
Namun mahkamah menolak permintaan itu. Mallo sentiasa menafikan pertuduhan ke atasnya itu. Dia menyatakan dia sentiasa bersalaman dengan maskot dan pemain pemain lain sebelum sepak mula perlawanan seperti biasa.
El representante de Hugo Mallo niega que haya cometido abuso sexual
🔗 https://t.co/qCKIrQ5Liuhttps://t.co/y8dLcwCuyP— Faro de Vigo (@Farodevigo) January 31, 2024
Mallo kemudian mendedahkan dia sendiri tidak tahu gender pekerja di sebalik maskot itu. Kerana dia fokus kepada perlawanan bukannya perkara lain.
Mallo juga menyatakan daripada video yang dikongsi Marca, tiada sebarang tindakannya yang nampak mencurigakan. Dan dia menegaskan, adalah bodoh untuk dia mencabul seseorang apabila mengetahui bahawa perlawanan itu ditayangkan secara langsung di seluruh dunia serta rakaman kamera daripada audien.
Pada 2021, kes itu disiasat sebagai serangan seksual. Ianya selepas campur tangan daripada mahkamah Barcelona. Sambil pendakwaan menyatakan bahawa memang ada perkara yang berlaku pada masa itu, cuma Mallo yang tahu namun dia menafikannya kerana tidak bertanggungjawab.
Pendakwaraya berkata: “Walaupun ia berlaku sepantas kilat, dia jelas sekali beramah mesra dengan lebih lama dengan maskot wanita tersebut berbanding maskot yang satu lagi tu. Jadi, di sini kita boleh lihat ada perkara yang tak kena berlaku di sini di antara maskot dan pemain di situ.
Al ex capitán del Celta, Hugo Mallo, se le investiga por la presunta comisión de un delito de abuso sexual a la mascota del Español (sí a la mascota) por esto. Está España para resetear y repartir de nuevo las cartas.pic.twitter.com/NeDhxgjSKb
— Luis Moscardó (@moscardol) January 30, 2024
Peguam mewakili Ana meminta agar Mallo dikenakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan yang membawa kepada penjara 2 tahun dan denda.
Ana telah bertugas sebagai maskot Espanyol sejak 2006 namun terpaksa meninggalkan peranan itu pada 2021 kerana tekanan yang dia hadapi selepas kes ini dibicarakan di mahkamah.
Juega Hugo Mallo.
Las mascotas de la liga: pic.twitter.com/Z81lCrXKaJ
— Koppola (@coppolanos) January 30, 2024