Viktor Gyokeres kini merupakan antara penyerang yang paling dikehendaki oleh kelab-kelab terkemuka Eropah. Ini termasuk Arsenal yang sudah dikaitkan dengan pemain itu sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Bagaimanapun, bekas kapten Arsenal, William Gallas percaya bahawa bekas kelabnya Arsenal tidak akan berpeluang bersaing untuk mendapatkan penggempur Sporting CP itu.
Gyokeres telah menunjukkan prestasi yang luar biasa sejak menyertai Sporting. Dia berkembang pesat di bawah bimbingan jurulatih baharu Manchester United, Ruben Amorim.
Sejak bermain untuk Sporting, Gyokeres telah menjaringkan 66 gol dalam 68 perlawanan dalam semua pertandingan. Pemain antarabangsa Sweden itu juga membuat 19 bantuan untuk pasukannya.
Sporting dilaporkan bersedia untuk melepaskan Gyokeres dengan harga sekitar £63 juta. Baru-baru ini, namanya banyak dikaitkan dengan Manchester United atas faktor Ruben Amorim.
Gallas merasakan Arsenal akan membuat kerja sia-sia jika mereka cuba bersaing untuk membawa masuk Gyokeres. Kerana dia percaya pemain itu akan memilih untuk berpindah ke Manchester United.
“Arsenal tidak mempunyai peluang untuk menandatangani Viktor Gyokeres. Dia akan memilih Manchester United,” kata Gallas.
“Gyokeres akan mengikut Ruben Amorim ke United, saya fikir Gyokeres akan sesuai dengan pasukan United.”
Kai Havertz kini dipercayai sebagai penyerang tengah utama Arsenal. Gallas merasakan The Gunners harus membawa masuk penyerang yang lebih baik daripada pemain asal Jerman itu.
“Kai Havertz bukanlah orang yang tepat untuk memimpin Arsenal menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris,” sambung Gallas.
“Havertz adalah pemain yang bagus, tetapi dia bukannya berkelas dunia. Maaf, tetapi dia belum berada di peringkat kelas dunia. Arsenal memerlukan pemain yang boleh menggantikannya sebagai penyerang,” tambah Gallas.
Sebelum ini Gallas mengkritik Arsenal sebagai pasukan yang dilihat tidak ‘gatal’ untuk mendapatkan trofi. Terutama sekali EPL dan UCL. Dia melabel Arsenal tidak memenangi apa apa di bawah Mikel Arteta walaupun pengurus itu membantu Arsenal memenangi Piala FA sebelum ini.
“Arsenal sesungguhnya tiidak memenangi apa apa! Tiada!
“Kenapa mereka keletihan? Adakah lengan mereka tak gatal nak angkat trofi? Jelaskan kepada saya, kenapa mereka keletihan? Lihat Liverpool, mereka tidak letih pun, mereka kelihatan bersedia untuk berebut kejuaraan ligam” tegas Gallas.
William Gallas: "Arsenal has won absolutely nothing! Nothing.
"Why are they tired? Their arms don’t ache form lifting trophies.
"Explain to me why they are tired. Liverpool, they don’t look tired, they look like they’re ready to fight for the title," he told Prime Casino. pic.twitter.com/peoqiv1Kd3
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley) November 7, 2024