Bekas Kawan Wayne Rooney Dan Su Jihai Kini Dihukum Penjara 20 Tahun Sebab Jadi Kapla Rasuah Di China

Bekas pemain Everton yang dianggap nama legenda juga dalam EPL, telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.

Bekas pemain EPL dari China, Lin Tie adalah satu nama yang fenomena di EPL. Memandangkan pada masa itu tak ramai pemain Asia yang bermain di pentas tertinggi Liga Inggeris.

Dia pernah sepasukan dengan Wayne Rooney di Everton. Dan dia kini sah dihukum penjara 20 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan serius.

Selain bermain untuk Everti, Li juga pernah bermain untuk Sheffield. Dua tahun lalu peminat bola sepak gempar dengan berita penahanannya di China.

Dia disabitkan dengan kesalahan menerima rasuah bernilai keseluruhan £11.9 juta atau RM66.96 juta. Kesalahan dilakukan dari 2015 sehingga 2021 – menurut laporan CCTV.

Siasatan kes itu bermula pada 2022. Ini selepas Li Tie dilaporkan telah menjadi kepala ‘kartel’ rasuah dalam bola sepak China.

Pada Mac lagu, bekas CEO FA China, Chen Xuyuan telah dihukum penjara seumur hidup kerana menerima rasuah 81 juta yuan (£8.7 juta).

Li Tie antara pemain China paling popular di peringkat global bersama sama dengan seorang lagi rakannya yang juga bintang EPL iaitu Sun Jihai.

Dia mewakili negaranya 92 kali termasuk bermain untuk China pada Piala Dunia 2002.

Kemudian dia menguruskan pasukan kebangsaan China. Dan dilaporkan dia menerima rasuah untuk memilih beberapa pemain mewakili skuad kebangsaan China. Dia mengumpul 50 juta yuan /£5.4 juta untuk rasuah tersebut.

Tidak cukup dengan rasuah menjual slot pasukan kebangsaan kepada pemain, Li Tie juga terlibat dalam beberapa siri skandal mengatur perlawanan di China ketika dia menjadi jurulatih Hebei China Fortune dan Wuhan Zall.

Pada tahun lalu, dia memberitahu CCTV: “Saya minta maaf. Saya sepatutnya mengikut haluan yang betul dan sentiasa merendah diri.

“Ada perkara tertentu yang pada masa itu adalah amalan biasa dalam bola sepak. Dengan memperoleh ‘kejayaan’ melalui cara yang tidak wajar, ia sebenarnya membuatkan saya semakin tidak sabar dan ghairah untuk mendapatkan hasil yang cepat.

“Untuk mencapai prestasi yang baik, saya terpaksa mempengaruhi pengadil, merasuah pemain dan jurulatih lawan, kadangkala melalui kelab yang berurusan dengan kelab lain. Tingkah laku ini menjadi kebiasaan, dan akhirnya, terdapat sedikit kesedaran kepada amalan ini.”

Selepas pengurus asal Itali Marcello Lippi meletak jawatan pada 2019, Li dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan China, pada mulanya secara sementara sebelum diberi tugas secara tetap. Selepas dua tahun berkhidmat, dia digantikan oleh rakan sepasukan Piala Dunia 2002 Li Xiaopeng.

Pada November 2022, telah diumumkan bahawa bekas pemain Everton Li telah diletakkan di bawah siasatan kerana ‘pelanggaran undang-undang yang serius’ oleh Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin (CCDI) China dan agensi antirasuah mereka.

Dan akhirnya dia diperintahkan dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah kerana jenayah rasuah yang terlalu berat dan menyebabkan banyak kerosakan kepada pihak lain.

Siasatan yang dilakukan di China itu mendapati 41 kelab, 120 perlawanan, 38 pemain dan 5 pegawai kelab telah dikenakan tindakan termasuk hukuman gantung seumur hidup kerana melakukan kesalahan melakukan perlawanan serta perjudian haram.